Dari kejauhan Pulau Sayak




Telah lama tidak ke sini, melihatkan bagaimana indahnya suasana di pagi hari, membuatkan aku terus pergi kesini pada awal pagi. Pulau Sayak adalah agak terkenal dikalangan penduduk di Kuala Muda sebagai tempat mendapatkan Mee Udang. Selain itu, jika dekat bulan ramadhan dan syawal, inilah salah satu tempat di kedah untuk melihat anak bulan. Jika nak tau mengapa ia menjadi tumpuan ramai, adalah kerana harga mee udang nya yang berpatutan. Anggaran Mee Udang hanyalah RM8-10 sepinggan. Dan jjika untuk special, hanya dalam RM12-15 mengikut saiz udang yang dipilih. 

Selain itu, hempasan ombak dan kesejukan angin menjadikan ia tempat ideal untuk keluarga makan sambil anak-anak bermain pasir pantai. Tapi disini, jarang pengunjung mandi, mungkin kerana air lautnya. Cuma, apabila tiba kesini, terdapat beberapa pilihan restoran yang boleh dipilih, dan selalunya aku memilih Mee Udang Yaakob kerana terdapat tempat duduk yang luas dan bersambung terus ke pantai. (https://nurmuhamad89.blogspot.com/2015/04/mee-udang-di-pantai-kg-pulau-sayak.html )

Melihat suasana pagi yang hening dan sejuk, beberapa gambar diambil sebagai moment kenangan ke sini. 


Keadaan Pantai Pulau Sayak

Jalan Masuk ke Mee Udang Usop

Kedai Mee Udang Mee Usop

Tali bot yang ditambat dipantai.

Gambar yang diambil adalah pada tahun 2018, dikala berada dirumah mentuaku.  Apabila melihat ombak yang beralun, hempasan di pantai, dan bunyi cengkerik di pagi hari rasa terisi jiwa ini dengan keinsafan apabila melihat deretan bot/sampan di pantai. 



Melihat nelayan mengayuh ke pantai, mengikat bot mereka di tunggul kayu  teringat kepayahan dalam pekerjaan yang mereka lakukan untuk mencari sesuap nasi. Namum, terukir senyuman apabila kita memandang mereka. Dikala melihat mereka, terbayang bagaimana dugaan mereka dilautan yang luas ini. Betullah, makanan yang enak itu, terdapat di laut, udang yang segar itu terdapat jauh ditengah laut, tapi siapa yang menangkapnya jika bukan nelayan. 







Terasa banyaknya duggannya menjadi seorang Nelayan pantai. Lautan yang tidak mengenal sesiapa, yang terdapat rezeki di dalamnya, dan setiap rezeki itu telah ditentukan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Ombak yang menghempas di pantai adalah ombak yang mengayun bot-bot mereka di lautan. Kehidupan mereka umpama berjuang dilautan untuk mencari rezeki di laut. Niat mereka untuk mencari sesuap nasi, berbekas di Jiwa ini seketika, terasa sayu, melihat detik-detik kesusahan yang mereka lalui sepanjang hari.

Teringat akan pesanan dari buku yang pernah aku baca sebelum ini.
Apabila kita berjauhan dengan Allah S.W.T, maka matilah jiwa kita. Kadang-kadang kita terlupa bahawa destinasi akhirnya Akhirat. Sejauhmana kita fikirkan, itu lah kebenarannya. Akan ada lompong dalam jiwa yang akhirnya akan menyebabkan rasa gelisah, sedih, tidak senang. Kitra rasa hidup kita tidak bermakna, dan rasa kosong, gelap. Itulah tanda-tandanya yang boleh dirasainya. Bagai ombak yang memukul pasir di pantai, begitulah perasaan jiwa yang kosong, seperti mencari beralun-alun mencari arah yang hendak dituju.



 “Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan setiap manuasia itu apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia untuk habuannya, ataupun keranan perempuan untuk dinikahinyanya maka hijrahnya akan kea rah apa yang dihijrahkannya” ( Hadith direkodkan Al-Bukhari dan Muslim )
Apabila jiwa sudah diisi dengan amalan yang mendekatkan dengan Allah, maka pasti kita akan merasai ketengan di jiwa, kebahagian dan kelapangan. Semuanya apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T.

Monumen Tsunami 

Disitu lah, timbulnya perasaan berserah diri kepada keagungan Allah S.W.T.  Setiap kehidupan dilaut adalah satu anugerah Allah, dan rezeki itu telah di tentukan oleh-Nya untuk hamba-hamba-Nya. Melihat pekerjaan yang mereka lakukan untuk kehidupan harian, terasa indahnya hidup ini apabila kita meletakkan untuk mendapatkan redha Allah untuk setiap kerja yang kita lakukan. 

Semoga setiap yang kita lakukan mendapat redha Allah S.W.T

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah