Melancong ke Aquaria KLCC dan Harga Tiket dengan diskaun


Baru sahaja melawat antara taman akuarium yang bersaiz gergasi berdekatan Menara KLCC. Setelah bertahun-tahun ingin masuk kesini, akhirnya tercapai jugak impian dihati. Alhamdulilah, sangat la besar saiz aquarium disini, dan terdapat banyak perkara yang menarik terdapat disini yang pasti tidak ada ditempat lain.

Harga Tiket

Apabila anda tiba di hadapan Aquaria KLCC, anda akan disapa oleh staff aquaria sendiri yang akan menunjukkan anda jalan ke kaunter tiket. Pastinya, sebelum masuk, gambar akan diambil dahulu sebagai kenang-kenangan sekiranya kita ingin membeli selepas tamat sesi lawatan.
Harga tiket adalah seperti diatas sekiranya anda adalah walk in customer.
Namun, jika anda ingin mendapatkan pengurangan, belilah melalui apps Fave. Antara penyedia kupon jimat yang terbaik diMalaysia.




Ini antara harga yang terdapat di Fave apps. Gunakan code atas untuk redeem pemotongan RM5 pertama di fave. 

RM 36 per person.

Seperti yang saya lakukan, setelah pembelian dilakukan melalui fave, email ke zeenathtravel.com untuk booking Tarikh lawatan e-ticket. Yang mana, ia akan dihantar melalui emel. Pastikan booking adalah 3 hari sebelum lawatan untuk mengelakkan sebarang masalah. Jika tidak dapat melalui emel, whatsapp kembali kepada zeenathravel. Seperti saya, saya whatsapp terus ke phone number, dan zeenathtravel terus memberikan tiket melalui whatsapp dengan pantas sekali

Selain itu, terdapat jugak apps lain yang menawarkan diskaun seperti KLOOK. Pilihan ditangan anda untuk penjimatan.





Jadi kami membawa printed tiket ke kaunter untuk menebus tiket tersebut. Selesai dengan cepatnya, Cuma pastikan anda menunjukkan kad pengenalan untuk verikasi sebagai pemegang My Kad dikaunter Aquaria KLCC. 

Setelah itu, anda boleh terus masuk ke Aquaria. Gunakan phamplet peta yang diberikan untuk guide anda sepanjang perjalanan. Jangan risau, jalan nya hanyalah satu Lorong, jadi kebarangkalian anda untuk sesat amatlah kurang.  Datang awal untuk mengelakkan kesesakan jika anda datang pada cuti hujung minggu. Seperti kami, dalam 10 pagi kami telah tiba.


Cuma satu peringatan yang diberikan oleh staff aquaria, pastikan camera yang anda bawa tidak disetkan dengan flash, kerana ini boleh menggangu ikan-ikan yang ada.

 


Pada hentian pertama, kami dapat melihat tapak kaki sulaiman, gamat dan beberapa haiwan lain. Uniknya anda boleh memegang haiwan-haiwan disini. Jadi jika anda berani, cubalah memegang setiap haiwan disini. Ada sesi penerangan mengikut waktu disetiap kolam kecil sebegini, Cuma pastikan anda pergi ke tempat yang ditetapkan untuk mendengar penerangan yang diberikan.

Klik Gambar dibawah untuk ke Website Aquaria KLCC
http://aquariaklcc.com/

Tarikan utama disini adalah sudah pastinya terowong air dengan traveletor yang bergerak sendiri. Hanya berdiri sahaja, dan ia akan berjalan kira-kira 5 meter per minute. Dari situ, anda akan dapat melihat pelbagai jenis ikan-ikan yang bersaiz besar seperti Jerung, ikan pari, penyu, ikan-ikan kecil dalam kelompok yang besar, dan haiwan dasar laut. Memang sangat teruja apabila jerung melintas diantara terowong air tersebut. Memang antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


Bagi yang memang suka kan photography, inilah tempat yang patut anda kunjungi. Cuma gunakan kreativiti anda untuk mengambil gambar menggunakan sudut yang kecil, kerana banyak pengunjung disetiap aquarium. Point- and Shoot adalah method.





Jadi gunakan Teknik yang sesuai untuk fotographi yang sesuai.


Sepanjang perjalanan kesini, memang sangat teruja dengan setiap keunikan haiwan yang ada. Cuma sebagai memori, setiap haiwan yang unik disini, kami akan mengambil gambar sebagai kenangan.

Betullah, setiap gambar adalah unik, dan jadikan ia sebagai kenangan diri anda.
Kenangan yang tidak dapat dilupakan disini adalah dibenarkan menyentuh haiwan-haiwan disni dan terdapat jugak ikan yang jinak seperti Ikan yu pasir ini.


Anda jugak boleh membeli cenderahati disini seperti keychain, pelekat peti ais dan macam-macam lagi. Anda boleh gunakan creditcard/debit card atau cash untuk membayar harga barang-barang tersebut. Bagi kami, kami memilih Key Chain yang berharga RM 20.90 sebagai kenangan kami disini.


Terima kasih kerana membaca dan terima kasih kepada pihak Aquaria KLCC kerana setiap penerangan dan guide mereka di dalam Aquaria KLCC memberikan pengalaman yang unik kepada setiap pengunjung disini. Syukur dapat melihat kebesaran Allah melalui haiwan-haiwan yang diciptakakan-Nya, yang memberi kenangan yang tidak dapat dilupakan buat kami.

Terima kasih.

Comments

  1. Aku pun kalau pergi melancong sllu cari yg ada deals. Sllu pun dapat kat Boost app.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, sekarang dah banyak deals. Boleh check online sama ada boots, Fave, Klook, etc. Banyak penjimatan dari harga walk in.

      Delete
  2. Boost app ada deals untuk pelancongan dengan diskaun atau vouchers. Sekarang, korang juga boleh dapat iPhone 11 yang percuma di Boost app!

    ReplyDelete
  3. Saya ingin pergi ke Aquaria -- tapi Boost app juga ada senang vouchers untuk perancangan pelancongan.

    ReplyDelete
  4. Paling mudah, guna je Boost app sebab apps tu selalu ada offer untuk tiket pelancongan. And nak bayar pun senang siap ada cashback.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada destinasi lain-lain kamu pergi dengan Boost app? App ini boleh bantu kamu dapat diskaun apabila kamu pergi pelancongan.

      Delete
  5. Boost app ada deals dan diskaun kamu boleh guna yang menjadi pelancongan sungguh murah dan seronok!

    ReplyDelete
  6. Selain itu, Boost app ada banyak promo dan ganjaran, macam tiket ke Seoul di Nene's Chicken, makanan percuma di Chicken Rice Shop, atau iPhone 11 atau Shake rewards sehingga RM500 dengan go Premium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, saya dah banyak kali guna Boost app kalau nak buat payment. Cashback memang berbaloi betul. Nak book ticket pun senang, siap boleh menang lagi tu.

      Delete
  7. tq kongsi experience ni. anak dok sebut nak masuk aquaria hehe

    ReplyDelete
  8. Aquarium paling besar kt Malaysia. Mmg kena pergi tu. 😁

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah