Day Trip Singapore - Kenali Singapura dalam 24 jam


Kali ini, diberi kesempatan untuk mengikuti pakej pelancongan ke Singapura bersama isteri. Yang lebih bermakna, perjalanan ini adalah pada ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulilah, diberikan ketenangan dan kebahagian dalam mengharungi perjalanan hidup suami isteri. Dinamakan day trip kerana hanya satu hari berada di Singapore sebelum berangkat pulang. Agak banyak tempat menarik yang dilawati sepanjang disana, yang mana memberi dimensi baru mengenai kehidupan dan budaya masyarakat di Singapura.

Bas Persiaran untuk day trip

Program day trip ini dianjurkan oleh Ayden Averroues Travel ( Pakej Pulau Murah ) – Menaiki bas persiaran dari KL Sentral pada pukul 10.30 malam Jumaat.

Walaupun dalam sehari, ia sudah cukup bagi mengenali tempat-tempat menarik yang berada disana. Keluasan singapura tidaklah sebesar Melaka, namun sistem pengangkutan yang maju menyebabkan kenderaan seperti kereta kurang dijalan. Kebanyakkan jalan adalah lancar dan kurang jem. Setiap perjalanan disana memberi sinar baharu mengenai maksud sebenar pelancongan. Cerita kali ini lebih kepada untuk memberi gambaran kepada pelancong baru yang ingin ke Singapura.


Singapura adalah sebahagian dari Malaysia sebelum berpisah pada 1963. Sebuah negara yang kecil tapi dianugerahkan dengan pusat pelabuhan yang sangat strategic di selat melaka. Jadi apabila kita tiba di Singapura, jangan lupa untuk melawat kawasan-kawasan pelabuhan yang mana anda akan dapat lihat bagaimana sibuknya pelabuhan yang diuruskan mereka.

Peta Singapura

Perjalanan kami bermula dengan berkumpul di KL Sentral. Yuran kos yang dikenakan pihak penganjur adalah RM 135 per pax. Tambahan 15SGD dikenakan sebagai bayaran untuk kos pengangkutan, parking, tour, etc. 1SGD bersamaan RM3.00 Malaysia. Jadi 15SGD bersamaan RM45.


 Total kos adalah RM135 + RM45 = RM180.

Ingin diingatkan bahawa, barang -barang diSingapura adalah menggunakan SGD, jadi tukar duit di KL sentral sebelum bertolak.Kebanyakkan pelancong seperti kami hanya membawa satu beg galas. Yang mana terdapat 1 baju, 1 seluar, alat kebersihan diri dan tuala. Ini kerana, kami akan berhenti di RnR Gelang Patah untuk mandi/rehat sebelum masuk ke Singapura.

Jadual perjalanan bermula pada pukul 10.30mlm ( bergerak dari KL Sentral) dan tiba di Gelang Patah pada pada pukul 3 pagi. Disini kami turun dari bas untuk mandi dan membersihkan badan sebelum menunggu Subuh. Ada sebahagian yang tidur di Surau untuk menghilangkan keletihan badan. Seperti saya, cukuplah minum beberapa gelas air untuk menghilangkan penat mengantuk. Jika boleh, bawa bantal leher kerana sepanjang di atas bas, kadang-kadang lenguh dileher memang sangat terasa.

Tips : Tidur cukup sebelum bergerak dari KL Sentral. Ini kerana apabila bas bergerak ke Gelang Patah, susah untuk mendapatkan tidur yang selesa. Walaupun saya sentiasa travel menggunakan bas dari utara ke selatan, namun untuk perjalanan kali ni, memang agak susah untuk tidur di bas.

Di Gelang Patah, terdapat beberapa kedai RnR yang anda boleh isi perut, sebelum bergerak ke Singapura. Untuk tempat tidur, anda boleh berehat di surau. Bagi surau lelaki, tidak banyak orang, namun di Surau perempuan memang agak ramai orang.
Tips jimat, makan di sini lebih murah berbanding di Singapura. ( Faktor tukaran mata wang )


White Card

Pada pukul 5.00pagi, kami akan mengisi white card imigerisen. Setiap pelancong perlu mengisi satu borang ini sebelum bersarapan dan naik bas ke Singapura.
Sekiranya ingin membawa makanan/minuman, digalakkan kos makan dan minum agak mahal disana apabila kita convert kan duit kita. Seperti yang kami lakukan, kami membeli siap-siap air mineral, roti, keropok dan kacang sebagai pengalas perut. Tiba di imigerisen Singapura pada pukul 6pagi, dan beratur kira-kira 30-40 minit sebelum check in ke Singapura.

Permulaan pertama adalah bas berhenti di Victoria Theater. Dari sini, kami memulakan perjalanan berjalan kaki ke sekitar kawasan ini.



Victoria Theatre

Asian Civilizations Museum
Mirror Balls



Setelah semua selesai, kami berjalan ke Merlion (Ikon Singapura). Ini adalah kawasan pelancongan, dan digalakkan membawa payung atau topi kerana keadaan di Singapura adalah agak panas. Kalau boleh, bawa kipas mini untuk kemudahan anda. Disebabkan jumlah pengunjung yang agak ramai, digalakkan pengunjung yang ingin mengambil gambar membawa selfie stick, untuk kemudahan. Point and Shoot adalah sangat berkesan, kerana latar belakang adalah laut dan bagunan-bagunan.

Merlion dalam proses baik pulih

7Eleven Singapura

Saya dan isteri banyak menghabiskan masa berjalan-jalan ke kedai-kedai berhampiran selepas aktiviti bersama group kumpulan. Antara tempat tumpuan adalah 7eleven. Hanya disini anda dapat mencari makanan halal. Antaranya makanan yang terdapat di sini adalah seperti dibawah :

Makanan dengan Logo Halal

Makanan dengan Logo Halal

Setelah itu, kami dibawa ke Mustafa Center. Ia umpama Mydin di Malaysia. Tidak lah besar cuma, terdapat banyak barang disini. Antara yang anda boleh beli disini adalah coklat ( ada yang berharga SGD 5 ) dan seperti ini yang berharga SGD 7. Jika anda ingin mencari baju Singapura, disinilah tempat yang sesuai, kerana ia lebih murah ditempat lain. Sekiranya anda dahaga, anda boleh ke kedai berhadapan Mustafa Centre untuk mencari kedai minuman. Harga 100plus tin adalah SGD2.



Berjalan ke arah Mustafa Center

Masjid Angullia dalam proses pemulihan

Setelah selesai disini, kami bertolak ke Bugis Street yang mana terdapat Singapore Souvenir Shop. Jika anda ingin membeli cenderahati, disinilah tempatnya. Harga nya adalah berpatutan dan terdapat banyak pilihan. Banyak pengunjung yang akan memilih pelekat magnet dan key chain. Selain itu, turut terdapat beg-beg dengan harga yang berpatutan. Terdapat beberapa kedai yang anda boleh kunjungi yang juga mempunyai pelbagai pilihan.






Perjalanan seterusnya adalah pada waktu tengah hari, dimana kami dibawa untuk menunaikan solat dan makan tengah hari.



Kami bergerak ke Malay Heritage Centre pada waktu tengah hari. Pada waktu itu terdapat beberapa aktiviti kebudayaan orang Melayu. Disini terdapat Masjid Sultan untuk menunaikan solat. Air minuman sejuk berdekatan tempat wuduk memang sangat membantu menghilangkan dahaga. Kami mengisi air disini, sebelum solat dan terus ke Restoran Zam-Zam yang tedapat di belakang masjid.

Masjid Sultan

Kawasan Wuduk

Papan Tanda sebelum memasuki Malay Heritage Centre

Aktiviti di Malay Heritage Centre

Restoran Zam-Zam popular dengan Murtabak dan Nasi Beriyani nya. Tengoklah gambar, dan pasti anda akan terpikat. Kami berdua memilih 2 hidangan iaitu murtabak dan Chicken Briyani untuk dimakan bersama. Kami tidak membeli air kerana membawa air botol.

Sign Board Kedai

Beriyani ( Cukup untuk 2 orang makan )

Murtabak daging ( cukup untuk 2 orang makan )



Total kos makan : SGD 7 (Murtabak Sederhana ) + SGD 7 ( Chicken Pot Briyani ) : SGD 14.



Selesai sahaja,  kami makan, bergegas menaiki bas ke Garden The Bay. Kami bergambar di luar kawasan ini dan berehat sebentar sebelum bertolak ke Sentosa Island. Apabila tiba di Sentosa Island, kami dibawa ke USS Globe, kemudian berjalan ke Big Merlin. Menaiki monorel ke Pahlawan Beach sebelum berehat di Kidzania.

Garden The Bay


Garden The Bay
The Tree
Sentosa Island

Sentosa Merlion

KidZania

Kidzania Garden 

Tips : Tiada kemudahan Wifi percuma kecuali di Kidzania. Kami tiba awal disini, sambil berehat dari keletihan dan access ke internet.

Kemudian acara kemuncaknya, kami dibawa ke Marina Bay Sand. Terdapat pelbagai kedai disini, dan sudah tentu pilihan kami adalah 7eleven. Agak susah untuk mencari kedai halal, namun 7eleven sahaja lah pilihan kami.
Sambil menunggu Laser and Water show kami berehat disini sambil menunggu ke 8 malam.

Kawasan Water Show


Water Show

Water Show

Water Show
Tips ; Amik tempat di bawah jika anda ingin melihat dengan lebih dekat dan mengalami sedikit efek air.

Front Avenue

Front Avenue

Bersyukur diberi kesempatan melawat kesemua tempat yang dinyatakan diatas. Memang tak sangka boleh menghabiskan kira-kira 7-9 tempat menarik dalam satu hari. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Walaupun agak penat seharian diSingapura, ia adalah satu keseronokan apabila dapat meneroka kesemua. Pakej yang di buat sangat sesuai untuk pelancong yang ingin memgembara ke banyak tempat dalam satu hari. Walaupun penat, anda akan terkenang akannya apabila tiba di Malaysia.

Tiada apa yang dapat diberikan, kecuali ucapan terima kasih untuk perkhidmatan yang diberikan oleh team pihak penganjur.

Tour guide ada menyatakan jika anda ingin pergi lagi ke Singapura lepas ni, bagaimana caranya ? Guna kan bas dari KL Sentral dan berhenti ke Woodland Singapura. Disitu anda boleh menggunakan Grab/LRT untuk melawat tempat-tempat tertentu dengan lebih lama.



Kerana terdapat beberapa tempat yang anda boleh lawati lagi seperti di bawah dengan bayaran diskaun.
Ia disediakan oleh Klook Apps.(Klik)

Klook SEA Aquariaum

Klook Singapore River Cruise

Klook Art Museum


Sentosa FUN Pass

Garden By The Bay


Jumpa lagi untuk pengembaraan yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah