Kembali Menulis Setelah 10 Tahun: Catatan Baru, Dunia Baru
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini saya mulakan sejak tahun 2014 — masa tu saya banyak tulis tentang kehidupan, nasihat, dan pengalaman belajar. Kini, selepas lebih 10 tahun bekerja, saya kembali menulis. Dunia dah berubah, dan saya pun dah banyak berubah. Sekarang saya nak fokus pada: - Pengalaman kerja sebenar dalam dunia industri - Apa yang saya belajar tentang sistem, audit dan AI - Catatan reflektif untuk bantu sesiapa yang rasa hilang arah Harapan saya, blog ini jadi tempat rujukan dan juga tempat saya simpan semula semua pelajaran hidup yang saya kutip sepanjang perjalanan. Terima kasih kepada semua yang masih membaca. Kita mula semula — tapi kali ini dengan lebih faham tentang dunia.