Kilang tempat ku bekerja dan kontrak perjanjian


Asalamualaikum semua.

Apa maksud gambar diatas ? hehe.. Ia adalah rangkuman apa yang mungkin aku akan lakukan apabila bekerja dalam QA department. Sebenarnya hari ini, ak menjejakkan kaki ke kilang  yang akan menjadi tempat aku akan bekerja untuk tahun ini. Harap di berikan kekuatan dan kesabaran untuk aku terus bekerja disini di QA Department. Ak mendapat tawaran bekerja ini 2 minggu selepas ak berhenti bekerja dikilang lama. Agak lama jugak la aku memikirkan tentang tawaran ini, samada aku hendak berhijrah ke Penang, Selangor atau Johor untuk mencari pekerjaan yang sesuai  ataupun kekal di Sg Petani dulu.. Setelah berbincang dengan ibu bapa aku, aku menerima jawatan yang diberikan.. Kalu diikutkan gaji, kira bolehlah sebagai QA technician sesuai dengan beban kerja yang diberikan. Sebelum aku bekerja disini, aku telah melakukan self study mengenai Quality Assurance dan aku menaruh harapan tinggi pada kilang ini untuk mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai QA melalui training dan kerja yand dilakukan. Setelah bersetuju dengan syarat kontrak, aku pun menandattangani kotrak tersebut. Akhirnya, aku telah menjadi sebahagian antara 200 pekerja yang berkhidmat disini.

 InsyAllah, pada tahun hadapan, aku akan mencari kerja yang lebih mencabar.

Tapi diingatkan kepada pencari kerja, apabila menandatangani kontrak bekerja dengan HR, pastikan anda menyimpan salinan tersebut. Ini kerana dokumen ini amat penting sekiranya anda diberhentikan secara mengejut atau semasa anda ingin berhenti kerja. Ini kerana dokumen ini mengandungi segala details tentang kerja anda, masa bekerja, cuti tahunan, cuti sakit , tangga gaji, waktu shift dan notis berhenti yang perlu diberikan apabila ingin berhenti kerja. Yang pasti, dokumen ini yang anda perlu rujuk sekiranya ingin membawa kes-kes ditempat kerja kepada Pejabat buruh ataupun mahkamah perindustrian.


Semoga anda bergembira selalu....

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah