Mandi manda di Hutan Lipur Lata Bayu, Baling
Kali ini, aku dengan member wat perancanga untuk mandi di Lata Bayu. Ye la, dari duduk umah je masa cuti, memang boring kot.. jadi pergi la jalan-jalan . Tempat ni pun cantik, bersih dan tiada bayaran masuk dikenakan, sesuai untuk aktiviti berkelah. Kedudukan tempat ni di Baling, Kedah. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Kalau nak berkhemah, kena dapatkan kebenaran dari Pejabat Hutan Daerah.
Tempat ni agak istimewa sebab terdapat air terjun setinggi 20 meter dan dibawahnya terbentuk kolam semulajadi yang orang panggil Lubok Lesung. Nak tau bentuk dia macam mana, kena la datang sini. Tapi kolam tu memang agak dalam la, kira kalau tinggi macam aku pun, paras leher jugak la..
Dekat sini, selain mandi, boleh jungle trekking kat hutan lipur ni. Tangga pun telah siap dibina bersama pondok rehat. Tapi memang tinggi kot, nak sampai atas pun aku dah tercungap-cungap..
Kalau sesiapa yang berminat flora dan fauna, inilah tempatnya, sebahagian pokok disini telah ditanda dengan nama saintifiknya. Sambil-sambil tu, boleh la menuntut ilmu tentang kehutanan kan.. Gerai makan, surau dan tandas pun disediakan untuk pengunjung.
Bersama kawan ku, Zulhairi |
Apapun mai la kat sini. Aku gerenti korang mesti suka. Tempat ni penuh dengan keseronokan...
Comments
Post a Comment