Test Laksa Buyung di Pantai Merdeka


Kali ni, singgah ke Pantai Merdeka. yahooo... Ini la masa untuk lepaskan tension yang terbuku dihati.. hehe.. dah lama tak singgah sini, tapi bila dah sampai kat sini rasa tenang je. walaupun jalan nak ke sini agak meletihkan, ye la sebab jalan kampung, memang asyik kena tukar gear dan main brek sebab banyak orang kampung naik motor di area ni.

Apapun, aku rasa sangat tenang kat sini. Kalu kat kilang, rasa tekanan je, dan fikir bila la waktu keje nak habis. Kadang-kadang kena marah dengan bos pada benda yang remeh temeh. Nak buat macam mana, bos pun ada banyak masa lapang sejak kurangnya permintaan produk dari customer. Jadi dok cari salah kitorang la. Biasa la , bos cina, memang macam tu kot.


Bila sampai sini, selain tengok pemandangan laut, rasa teringin lak pulak nak rasa laksa. Kat gerai ni ada dijual laksa buyung. ermm, macam menarik kan. Jadi apa lagi, order la satu laksa buyung dan air sirap untuk santapan tengah hari. Sambil tu, dapat la tengok bahan mentah yang digunakan..Macam segar kan...


Walaupun nama laksa buyung, kali peniaga ni gunakan buyung besi pulak..hehe.. Mungkin zaman sekarang orang dah tak pakai buyung seramik kot.huhu





Selepas 5 minit, sampai la hidangan yang dinantikan.. Rasanya, memang terbaik. Cuma tak de bau harum sebab kalau laksa buyung yang sebenar, bau kuah laksa tu kuat. Kali ni, tak de bau pape. Mungkin angin laut kuat kot, 



Apapun, memang berpuas hati dengan hidangan tadi.Cuma kuah tak pekat la, jadi kurang la nikmat laksa ni. Bila perut dah kenyang tu, lepak la kat sini sampai ke petang sambil tengok telatah orang ramai kat pantai. ada yang tidur, ada yang mandi laut waktu tengah hari ni (tak panas ke ?) dan ada yang sedang bercengkarama dengan pasangan masing-masing.. Yang penting aku dapat tenangkan fikiran bila datang sini......

Bot penumpang ke Tanjung dawai





Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah