Pertama kali kursus di Kolej Komuniti : Tyre Balancing
Asalamualaikum semua. Pada hari sabtu yang lepas, ada kesempatan untuk join satu kursus yang dinamakan sebagai Kursus Service Kenderaan Ringan : Tyre balancing dekat Kolej Komuniti Sg Petani. Kira ini kali pertama jugak la, mempunyai minat untuk join kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti ni.Sebelum ni, tak sedar pulak, yang kolej komuniti ada anjurkan kursus automotive, sebab selalunya dengar kursus masakan yang sering dianjurkan. Jadi dengan senang hati, pergilah mendaftarkan diri untuk ikuti kursus ini. Yuran macam mana, tak mahal pun, dalam RM 20 je. Masa sampai di Kolej Komuniti dalam pukul 8.30 pagi, pengajar terus suruh pergi ke bengkel Automotive. Bila sampai je kat bengkel tu, ada la kira-kira 18 orang yang sedang ada dalam bengkel tu. Berkenalan la sekejap dan dapat tahu ada 8 orang pelajar sekolah diantara umur 13-15 tahun dalam bengkel tu. Tak sangka kan, walaupun masih muda lagi, dah ada minat nak belajar tentang kursus ni. Sebelum tu, kena tahu jugak la apa i