Tayangan pada 11 September : Lagenda Budak Setan 3

Asalamualaikum semua.

Telah tiba hari jadi aku pada 11 September pada tahun ini. Syukur masih dikurniakan kesihatan dan kelapangan. Walaupun hari ini turut dikaitkan dengan peristiwa 11 September yang berlaku di WTC, United States itu tidak melemahkan perasaan aku untuk menyambut hari ini dengan cara aku sendiri. Seperti biasa, ibu bapa ku telah belanja kami sekeluarga makan diluar. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar . Cuma kali ini, aku ingin menyambut hari jadi ku dengan menonton wayang pulak. Kalu sebelum ini, aku akan hadiahkan diri aku dengan pergi makan di tempat yang agak mahal, seperti Pizza, KFC, Marrybrown atau Sushi King, tapi kali ini aku ingin menonton wayang. Simple and easy, sambil tu boleh jimat skit duit untuk bulan ni... hehe... Filem apa yang menarik kali ini, tidak lain dan tidak bukan ialah Lagenda Budak Setan. Sekuel terakhir untuk filem ini.. Memang tak sabar nak tengok, terus siap-siap beli tiket online melalui lawan web GSC.


Selepas, selesai tengok tayangan tu, boleh dikatakan cerita nya agak menarik. dan sangat sesuai ditonton oleh sesiapa yang kaki novel.. Hehe.... Harap akan ada lagi cerita filem yang macam ni pada masa akan datang...

Jumpa lagi

Comments

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Sejarah Jam Besar Sg Petani