Menonton wayang secara percuma : Lucy

Asalamualaikum Semua.

Minggu lepas adalah hari jadi aku yang ke- 25. Ya, akhirnya aku dah semakin tua. hehe..Syukur, aku masih sihat dan tiada sebarang penyakit yang berbahaya. Penyakit yang biasa menyerang hanyalah selsema. Alhamdulilah.. Pada hari jadi aku, tiada la sebarang parti mahupun sambutan besar-besaran. Hanyalah makan di kedai makanan di luar, dan berbual dengan keluarga. Itulah tradisi kami sekiranya menyambut hari jadi. Mudah dan senang kan.

Cuma yang istimewa nya hari jadi kali ni, aku telah pergi tengok wayang secara percuma.. waa.. macam tak percaya kan,percuma... Semuanya sebab, tiba-tiba dapat info bahawa kalu jadi ahli gsc di www.gsc.com.my, akan dapat tiket percuma untuk menonton wayang apabila tiba hari jadi. Jadi terus isi dan print borang tu, kemudian hantar ke kauter tiket di GSC. Dapat la 2 tiket secara percuma untuk menonton cerita Lucy. Jadi siapa yang teman saya ke wayang pada hari tu.. hehe... Rahsia...

Tiket Percuma.

Comments

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Sejarah Jam Besar Sg Petani