Filem seram : Nasi Tangas



Asalamualaikum semua

Bila dah tengok wayang, kalau tak buat review macam rasa tak selesa lak.. hehe.. Ok kali ni nak cerita kan mengenai satu filem seram yang mula ditayangkan pada 18 September 2014. Filem apa tu? Nama filem itu ialah Nasi tangas. Seronok ka? Kira boleh la. Cuma perasaan seram tu memang ada. . 


Kisahnya mengenai hasrat seorang isteri yang hendak mengikat kasih sayang suami dia. Kira sebab rasa dengki dengan hubungan antara suami dia dengan seorang perempuan yang merupakan rakan kongsi dia, si isteri ni mula melakukan perbuatan syirik ini. Nasi tangas ni kalu nama lain adalah nasi kangkang. Cara pembuatannya ialah dengan mencampurkan bahagian yang kotor dari badan pengamalnya ke dalam makanan si mangsa. Jadi apabila si mangsa makan, dia akan mudah didampingi dan dipengaruhi makhluk halus. Sehinggalah berlaku beberapa kejadian aneh, sampai suami dia sedar dia terkena dengan ilmu syirik ini. Jadi apa tindakan suami tu, macam mana rumah tangga diorang lepas tu, kalu nak tau kena la tengok filem ni.  Begitulah cerita yang dibawa oleh filem ini. Mudah dan ringkas. Jalan cerita tu pun mudah faham. 

Member yang ikut bersama

Boleh dikatakan semasa masuk dalam dewan pawagam tu, penuh seat dengan penonton. Siap kawan yang ikut tengok sekali pun tutup mata apabila ada babak seram.. kira seram jugak la kan...Apapun, kira ni cerita melayu yang dikategorikan santai dan relax dan kalu nak bagi rating ialah 3/5 bintang.

Ok.. Jumpa lagi ya pada post akan datang .

Comments

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Sejarah Jam Besar Sg Petani