Ikuti Kursus Penukaran Minyak Hitam
Asalamualaikum
Selalunya kita hantar kedai dan tengok diorang tukar minyak hitam untuk kita, jadi kali ni, berkesempatan pula untuk untuk join satu kursus iaitu Kursus penukaran minyak hitam kenderaan dekat Kolej Komuniti Sg Petani. Bila dah ikuti kursus ni, baru faham tentang gred-gred minyak yang ada seperti 15W-40, jenis minyak yang ada seperti syntetic, semi syntetic, dan juga fungsi minyak hitam untuk kenderaan. Jadi macam mana perjalanan kursus ini... Sangat seronok dan mudah faham apabila diajar oleh tenaga pengajar.
Sebenarnya apabila kita menukar minyak hitam, ada satu benda yang kita perlu lakukan iaitu menukar oil filter sekali. Ini kerana fungsi oil filter adalah menapis minyak, jadi sekiranya anda tidak menukar oil filter apabila menukar minyak hitam ini akan mengakibatkan minyak hitam itu cepat kotor. Oh lupa, sebenarnya, dinamakan minyak hitam kerana minyak yang warna kuning jernih apabila mula dimasukkan dalam engin kereta, tetapi disebabkan pembakaran minyak dalam silinder omboh, dan geseran berlaku dalam engine, minyak itu akan menjadi kotor dan bertukar hitam selepas melalui di kesemua bahagian engine. Jadi itu lah asal usul nama minyak hitam. Setiap minyak ada kualiti yang berbeza dan setiap jenama pun mempunyai perbezaan dari segi gred dan kualiti minyak itu sendiri. Jadi sekiranya tidak tahu jenama apa yang hendak dipilih, tanya kepada mekanik kerana mereka lebih mahir dan berpengalaman tentang minyak yang digunakan..
Dalam proses membuang minyak hitam |
Comments
Post a Comment