Posts

Showing posts from February, 2015

Gerai roti canai didepan Masjid Sultan Abdul Halim

Image
Ini adalah salah satu gerai yang aku akan kunjungi untuk sarapan pagi. Keistimewaan roti kat sini adalah murah dan rasa roti canai yang garing . Itulah sebab aku sering mengunjungi gerai ini setiap pagi. Makanan lain yang dijual disini juga murah dan sangat berpatutan. Lihat la sendiri harga makanan melalui gambar dibawah. Susah nak dapat harga macam ni kat bandar Sg Petani. Tapi kalau pandai mencari, pasti akan anda jumpa Nasi lemak yang dijual disini selalunya harga yang anda akan jumpa adalah RM1. Tapi kat sini RM0.70 ja. Apabila aku makan disini, sarapan pagi yang aku akan order adalah roti canai sardin dan air kosong. Harga nya adalah RM2. Itulah jumlah perbelanjaan aku setiap pagi untuk makanan.. Harga roti canai memang murah. Ini senarai harga bagi roti canai disini: Roti Canai Biasa : RM 0.70 Roti Canai Bawang : RM 0.80 Roti Canai Planta : RM 0.90 Roti Canai Telur : RM 1.40 Roti Canai Sardin : RM 1.80 Walaupun Sg Petani terus berkembang dengan...

Sejarah Jam Besar Sg Petani

Image
Asalamualaikum semua. Kalau menjejakkan kaki ke Sungai Petani, pasti anda akan menyedari terdapat jam besar yang berada ditengah jalan Ibrahim iaitu jalan utama di Sg Petani. Kalau anda ingin ketahui, jam besar ini merupakan ikon untuk daerah Sg Petani. Sepanjang aku tinggal di sini, tak pernah terlintas di hati untuk mengenali bagunan bersejarah ini. Tapi hari ini, aku mengambil kesempatan di hari cuti untuk melihat dengan dekat bagunan jam besar ini. Ini lah foto yang penulis sempat ambil semasa berada sekitar bagunan ini. Sedikit info mengenai jam besar ini, ialah ia dibina pada tahun 1910 dan siap pada tahun 1936 menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Tujuan pembinaannya adalah untuk memperingati King George V yang memerintah England dan pemerintah empayar British pada masa itu. Tak sangka kan usia jam ini sudah menghampiri 80tahun, tapi masih teguh berdiri. Maklumat tentang pembinaan jam ini diperolehi dari tulisan sekitar jam besar itu sendiri. Keistimewa...

Permohonan untuk ikuti INSEP di Tati Universiti

Image
Asalamualaikum semua. Bila baca surat khabar Sinar Harian, tiba-tiba tersedar satu iklan yang menarik perhatian aku. INSEP atau dikenali sebagai Industrial Skills Enhacement Programme untuk pemegang diploma atau Ijazah. Bila dah tengok iklan tu, terus berminat nak ikuti kursus ini, lebih-lebih lagi kursus CAD/CAM application ada untuk program ni.   Keratan iklan INSEP Jadi terus hantar e-mel ke alamat tertera beserta butir-butir diri.. Harap terpilih untuk mengikuti program ni. Rasa nak kembali menuntut ilmu pulak untuk mencari angin baru.. Semoga aku terpilih.. InsyAllah... 

Nostalgia Pasar Taman Ria

Image
Kalau ikutkan cerita ayah aku, dulu pasar ni memang popular di sekitar Sg Petani. Lokasinya terletak di Taman Ria dan berdekatan dengan taman-taman lain. Tempat ni la ayah aku selalu datang beli barang keperluan masa tahun 90-an. Masa tu, pasaraya tak banyak macam sekarang, dan lokasi pasaraya pun jauh-jauh, jadi ini hentian bagi penduduk sekitar sini. Walaupun dah lama, pasar ni masih lagi teguh berdiri sesuai dengan perkembangan kawasan sekitarnya. Masa kecil selalu datang dengan ayah tuk beli ikan kat sini. Dari situ la belajar macam mana nak pilih ikan fresh, antara nya kena tengok sirip ikan, pastikan colour nya masih merah.. Kat sini juga, segala benda dari sayur, ikan, ayam, kedai makan, kedai pakaian sampaikan kedai kasut pun ada kat sini. Kunjungan pada minggu lepas menunjukkan semua kedai disini berpenghuni dan masih lagi meneruskan operasi. Kalau dulu, memang ramai orang, tapi sekarang ni, kurang sikit, since banyak pasaraya yang muncul seperti Tesco, Econsave yang men...

Terminal Bas Ekspres Ukir Square : Wow...

Image
Asalamualaikum semua Hari ni, aku  menjejakkan kaki di terminal bas ekspress yang baharu. Tujuan hanyalah untuk menemani rakan untuk membeli tiket bas ke Melaka, sempena hari Konvokesyen yang akan diadakan disana. Alang-alang tu, terdetik di hati untuk menceritakan tentang terminal bas ini yang baru siap dibina pada tahun 2013. Terminal bas sebenarnya dinaik taraf dari terminal bas lama dilokasi sama seiring dengan perkembangan bandar Sg Petani. Sebelum ini, kebanyakkan penumpang terpaksa menaiki bas di perhentian bas sementara Pekan Lama, namun kini dengan siap nya terminal bas ekspress ini, semua operasi tiket turut dipindahkan. Tempat ini pun cantik dan bersih, memang agak selesa bila berada disini berbanding sebelum ini. Sedikit maklumat yang dapat dikutip adalah, terminal bas ini dilengkapi 32 kaunter tiket, 6 laluan platform bas, 73 lot perniagaan dan 5 gerai makan. Namun dukacitanya, selepas 2 tahun beroperasi, lot perniagaan di kompleks ini masih banyak lagi yan...

Lukisan mural di sekitar Bandar Sg Petani

Image
Ini adalah lukisan dinding yang penulis sempat snap disekitar Sg Petani. Lokasi : Medan Selera Taman Ria Jaya Lokasi : Parking kereta, Amanjaya Mall Lokasi : Lorong kedai, berdekatan Pasar Taman Ria Lokasi : Pekan Rabu Sungai Petani

Membeli belah di Mr DIY

Image
Bila sebut Mr DIY mesti ramai pun dah tahu kan. Kali ni DIY dah buka cawangan baru kat Tesco Selatan, kira lagi besar dari yang asal. Bila dah besar, lagi la banyak barang nak beli kan.. Tapi aku memang selalu mai sini kalu nak beli barang-barang macam screw driver, paku, skru, alat elektronik dan usb pendrive. Sebab nya, memang murah.... Itu yang aku suka, dah la murah, tempat pun cantik. Lagi satu, tiada GST. kira company ni dah serap segala GST yang ada untuk pengguna. Jadi bagi aku, kalau sesiapa yang nak beli barang hardware ke, mai la datang sini, harga pun murah, barang pun banyak. Pasti ada barang yang ada cari, Kalau tak jumpa boleh la tanya dekat promoter kedai ini. Apa pun Mr DIY, terima kasih kerana membuka cawangan di Sungai Petani.....

Pembagunan di persisir sungai Sg Petani

Image
Asalamualaikum semua Kali ni, nak mengupas sedikit tentang sungai iaitu Sungai Petani. Bukan nak cerita tentang air sungai ini yang kotor tu, tapi pembagunan yang akan dijalankan di kawasan sekitar sungai ini. Mengikut Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2020, pihat PBT akan membina promenade di persisir sungai ini. Dimana, akan orang ramai dapat berjalan di sekitar sungai ini.Dengan terbinanya promenade ini, langkah seterusnya yang akan diambil adalah membersihkan sungai ini, membina gerai dan kiosk di sekitar promenade, dan kedai-kedai akan dibina menghadap sungai.  Draf Rancangan Promenade Contoh promenade adalah seperti dibawah. Sesuai untuk orang berjalan dan melakukan reakreasi. Sekarang ini, kawasan persisir sungai telah pun dibersihkan dari pokok-pokok. Sampah- sarap pun telah dibersihkan. Kira nampak bersih la sikit, cuma air sungai je masih hitam dan kotor. Tentang air sungai ni, rasanya kena ada peruntukkan yang berjuta-juta ...