Hari pertama sebagai Engineer

Pada hari pertama aku tiba di company, aku terus dibawa berbincang dengan HR mengenai jawatanku, tugasku, gaji/elaun, benefit dan undang/polisi syarikat. Semua perbincangan mengambil masa kurang dari 30 minit, kerana aku hanya bersetuju dengan apa yang dicadangkan, dan aku menurunkan tandatangan sebagai tanda setuju. Tangga gaji ku adalah entry level bersamaan dengan fresh graduate, tapi bagi aku, ia mencukupi dan ku harap gajiku meningkat pada tahun depan.

Biarpun rezeki ku sedikit disini, tapi kalu berkat, InsyaAllah cukup

Aku dibawa berjalan sekitar kilang dan mengenali rakan sekerja ku. Walaupun, saiz kilang tidak besar, tapi ia memberi kegembiraan kepadaku kerana, terdapat ramai bangsa Melayu bekerja disini sebagai operator, technician dan supervisor. Setelah aku diperkenalkan kepada bos aku, aku telah diletakkan sementara di pejabat . Disitulah aku mengenali rakan-rakanku, yang kebanyakkan baru bekerja disini. Alhamdulilah, permulaan yang baik  pada hari pertamuku dan aku bersyukur dapat bekerja di industri perkilangan walaupun dimonopoli banyak oleh kaum cina.

Tiada kerja penting yang perlu dilakukan, cuma hanya menyesuaikan diri dengan culture disini. Apa yang aku lakukan adalah dengan membaca dokumen-dokumen ISO yang ada untuk memahami perjalanan syarikat ini. Selain itu, menghantar kertas finding2 yang perlu diperbetulkan untuk memastikan operasi di production berjalan lancar. Aku harap aku kekal lama disni. InsyAllah..


Diakhir kerja, menikmati aiskrim sebentar sambil berfikir rancangan seterusnya....

Jadi kepada bakal engineer, pastikan anda menerima hakikat, engineer tanpa pengalaman pada waktu ini adalah underpaid. Bukan lagi seperti dahulu . Tiada lagi istilah gaji bermula dari RM2800 .. Semuanya bermula dibawah RM2000 selain KL. Tugas sebagai engineer memang lah besar, kerana tugas-tugas perlu dibawa kerumah walaupun nampak kerja adalah kurang, tapi penggunaan fikiran memang memenatkan. Walaupun negara telah berkembang pesat dengan industri, namun tangga gaji masih lagi rendah. Cuma, anda ingin menerima atau tidak, itulah cabaran yang sebenar.
( Bila anda masuk ke industri perkilangan, anda akan faham mengapa tangga gaji rendah ini berlaku )

Apapun, semoga berjumpa lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah