Sebulan dalam industri dengan jawatan yang diidamkan

Telah hampir sebulan aku bekerja dikilang baru, mendapat tawaran bekerja di kilang yang berada berdekatan dengan rumahku. Jawatan yang aku pegang, adalah jawatan yang aku inginkan selama ini. Tidak sangka masih ada kekosongan dalam jawatan dalam production department, jika tidak mungkin aku akan memilih QA department.

Syukur, rasa mudah untuk bekerja disini, sesuai dengan bidang semasa aku belajar di universiti dahulu. Ilmu yang aku perolehi disana, dapat aku gunakan sebaik-baiknya disini, dengan harapan, aku dapat menaikkan taraf kilang ini ke tempat yang sepatutnya.

Aku tidak mengejar tangga gaji buat masa sekarang, tapi lebih kepada pencapaian, yang aku inginkan. Itulah yang menjadi pembakar semangat aku, apabila hasil kerja yang kita lakukan dapat digunakan untuk memudahkan kerja orang lain.  Apa yang aku harapkan, adalah segala idea, ilmu yang aku perolehi sebelum ini dapat digunakan sepenuhnya disini.. Dari lean system, six sigma, 5S, assembly system, reliability, maintenance, dan banyak lagi, mungkin akan aku apply untuk menjadikan kilang ini berdaya maju. Aku rasa, inilah tujuan sebenar pensyarah mengajar ilmu-ilmu ini di universiti dan MQA menentukan standard pendidikan kita, iaitu untuk mengubah sistem syarikat di Malaysia ke arah yang lebih baik.

Bila diingatkan, prinsip aku selepas graduate untuk bekerja dari bawah, aku belajar banyak pekara yang aku tidak sedar sebelum ini. Aku sedar bagaimana perasaan seseorang apabila memegang jawatan sebagai technician. Aku juga sedar bagaimana susahnya untuk menyampaikan ilmu yang sesuai untuk diguna disyarikat sebelum ini apabila bekerja sebagai technician, kepada engineer atau orang atasan. Dari situ, aku faham, mengapa technician akan mengejar OT yang banyak kerana tangga gaji adalah rendah berbanding seorang engineer yang mempunyai tangga gaji yang besar dan jumlah waktu kerja yang pendek.

Tapi kerja sebagai technician adalah mudah, kerana hanya mengikut arahan dan WI yang diberikan. Apabila pulang ke rumah, segala masalah akan dilupakan, berbanding seseorang yang bekerja sebagai engineer, yang terpaksa membawa masalah itu ke rumah secara tidak sedar. Disebabkan itu, walaupun dilihat kerja engineer adalah mudah, tapi jumlah masa berfikir untuk menyelesaikan masalah adalah panjang.

Dari situ aku sedar, betapa pentingnya menghargai orang yang bekerja bersama-sama kita. Idea satu kepala tidak dapat menyamai idea dari 3 orang kepala. Jadi kerjasama adalah caranya untuk memastikan kerja yang kita lakukan dapat dilaksanakan dengan mudah.


Gambar inilah yang aku gunakan untuk menyampaikan maksud aku dikilang.Semoga proses mencari kerjasama yang sedang aku lakukan sekarang dengan rakan sekerja laian akan membuahkan hasil dalam masa 2 minggu ini..


Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah