Cerita Fresh Graduate


Bila melangkah ke alam pekerjaan selepas bertahun menggunakan masa untuk belajar di Kolej/Universiti, pengalaman diinterview adalah perkara yang kekal di ingatan. Banyak pengalaman yang melucukan dan menyeronokkan apabila berjaya dipanggil interview. Semua kelengkapan semua tersedia, dan apabila tiba di depan interview, gugup apabila bercakap. Terutama apabila ditanya dalam bahasa Inggeris, ligat berfikir untuk menggunakan ayat yang sesuai.. Kenangan, lalu memang tak dapat dilupakan.

Tapi dari pengalaman interview itulah, kita akan lebih mudah yakin untuk menghadiri interview ditempat lain. Setiap interview pasti akan bertanya soalan yang agak sama pada permulaanya iaitu

1. Perkenalkan diri anda dan kelulusan.
2. Sebarang pengalaman yang berkaitan untuk jawatan yang dipohon.
3. Soalan teknikal berkaitan kerja yang dipohon.

Inilah yang ditanya, yang penting, jawab dengan yakin. Sekiranya anda tidak mampu bercakap Inggeris dengan lancar, mohon pertimbangan dengan interviewer untuk bercakap bahasa Melayu. Bila ditanya tentang pengalaman, ceritakan pengalaman berkaitan di universiti seperti kerja kursus, subjek ataupun club yang anda ceburi.,

Gagal sekali,bukan bermakna gagal selamanya. Cubalah lagi sehingga berjaya. Setiap pengalaman interview akan lebih mematangkan cara anda untuk menjawab soalan yang diutarakan.

Semoga berjaya, menempuh dugaan alam pekerjaan....


Comments

  1. Assalam tuan.

    Saya ada iv di puspatri untuk kursus API. Apa preparation yang saya perlu buat sebelum pergi interview tersebut? Dan dari pengalaman tuan apakah yang akan ditanya ketika interview tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, terbaik, kerana bukan mudah nak dapat tempati untuk kursus API. Ini kursus pure technical, dan memang mempunyai peluang pekerjaan yang besar pada masa hadapan. Kos untuk kursus ini adalah puluhan ribu ringgit termasuk yuran exam. Buat yang terbaik apabila berjaya mendapat tempat untuk kursus ini. Kursus ini mempunyai banyak teknical term dan calculation.

      Saya galakkan awak dapatkan ebook percuma ttg API dari saudara murshidi di sini https://www.facebook.com/ipetroacademy
      dan dapatkan maklumat tambahan API dari http://www.api.org

      Soalan yang ditanya, lebih banyak kepada apa yang awak tahu ttg API, sebab hendak ambil kursus ini. Pastikan awak studi dahulu API, semoga memudahkan anda menjawab soalan yang dikemukan. Berdasarkan sedikit pengetahuan saya ttg API, kebanyakkan kursus API yang INSEP tawarkan seperti API510, API570, API571, mempunyai fokus yang berbeza, tapi persamaaan nya adalah untuk inspection dari segi keadaan material, calculation maximum/ideal/minimum pressure, etc.

      Semoga berjaya.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Pos Laju hantar barang ke orang yang salah ( Delivered but not received )