Alhamdulilah, akhirnya berjaya juga ..



Setelah lebih dari 2 bulan setengah menggangur, akhirnya berjaya juga mendapat kerja. Tidak sangka, walaupun terdapat pelbagai dugaan dalam interview, lekat jugak untuk mendapat kerja. Semuanya bermula dengan aku melihat iklan jawatan kosong di papan jobsmalaysia depan Pejabat Buruh Sg Petani. Dari situ, aku menghantar surat bersetem RM1 yang diisi cover letter dan resume.

Dalam masa 2 hari, pihak kilang menghubungi aku untuk sesi interview pada petang itu jugak. Interview adalah lebih kurang 1 jam 30 minit, dimana aku terus dioffer dengan job diakhir interview. Interview yang paling pantas mendapat job offer. Cuma tak sign apa2 agreement lagi, cuma tak sangka begitu cepat. Jawatan yang aku pegang sebenarnya tidak pernah wujud, tapi company percaya aku boleh melakukan tugas tersebut. Alhamdulilah, diberi perhargaan oleh interviewer dalam sesi temuduga. Jawatan aku banyak berkaitan kepada QA tapi tidak specifik kerana perlu terlibat dengan projek-projek pada masa depan.

Berdasarkan pengalaman aku, apabila berkomunikasi dengan interviewer, jujur dengan jawapan yang diberikan. Tidak perlu membangakan diri dengan kebolehan yang kita, tapi insist kepada apa yang kita boleh offer kepada syarikat jika diambil bekerja disitu. Jika tidak tahu kemahiran seperti menggunakan software seperti mastercam, solidwork,-- jujur dengan memberitahu boleh belajar sambil bekerja.

Cuma satu pengajaran yang aku pegang sekarang, jika ada masalah dengan managment syarikat, berkomunikasi sehingga berjaya mencari penyelesaian. Jangan niat untuk berhenti kerja kerana sikap bos kita, tapi sebolehnya bertahan ditempat kerja asal sehingga berjaya mendapat kerja lain.  Itu sahaja caranya, kerana pada waktu ini, untuk mencari pekerjaan yang kita minati, adalah amat sukar sekali. Ingat usaha untuk mencari rezeki... 


Apa pun, aku berdoa semoga aku berjaya membina kerjaya ku di sini sambil membantu syarikat berkembang dengan lebih besar pada masa hadapan. InsyaAllah.

Dalam perjalanan mencari pekerjaan ini, aku belajar bahawa setiap dugaan adalah peluang untuk berkembang. Kadang-kadang, jalan yang kita pilih tidak seperti yang dirancang, tetapi dengan ketekunan dan kesabaran, kita akan menemui hasil yang memuaskan. Teruslah percaya pada diri sendiri dan usaha yang dilakukan, walaupun nampak sukar pada awalnya.

Sekarang, aku memulakan bab baru dalam kerjaya aku dengan penuh semangat dan harapan. Aku berharap dapat menyumbang dengan sepenuh hati, mengambil cabaran sebagai peluang, dan terus belajar serta berkembang. Kepada semua yang masih dalam pencarian pekerjaan atau sedang melalui fasa sukar dalam hidup, ingatlah bahawa setiap usaha yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil. Jangan putus asa, teruskan berusaha, dan sentiasa percaya bahawa rezeki akan datang pada waktunya.

Sekian, terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan sepanjang perjalanan ini. Semoga kita semua berjaya dalam apa jua yang kita lakukan. Selamat maju jaya!

Comments

  1. SEMOGA BERJAYA DALAM APA JUA YANG DIPERJUANGKAN...
    http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah