Masjid Taman Peruda (Masjid Al Abrar Sungai Petani)
Masjid Taman Peruda atau turut dikenali sebagai Masjid Al Abrar Sungai Petani, adalah masjid kariah bagi penduduk di taman sekitar. Ia telah disiapkan pada tahun 2013 dengan kos 3.2 Juta Ringgit Malaysia. Dengan ruang solat yang luas, ia dapat memuatkan kira-kira 1500 jemaah pada satu masa. Projek pembinaan kompleks masjid ini telah dimulakan sejak tahun 2011 dengan peruntukan sebanyak RM 2.5 Juta di berikan oleh kerajaan pusat dan bakinya, RM 700k, adalah melalui sumbangan ramai. Masjid ini antara yang sangat aktif dalam menyampaikan ilmu agama pada orang ramai. Kuliah agama boleh dikatakan diadakan setiap hari mengikut jadual yang dipamerkan didepan pintu masjid. Selain itu, ia mempunyai FB yang aktif untuk tantapan pengguna. Antara kandungan kuliah yang disampaikan ustaz diupload agar menjadi pedoman setiap orang. Anda boleh kunjungi FB https://www.facebook.com/MasjidTamanPeruda/ untuk maklumat lanjut. Antara Intipati di FB Masjid Taman...