Masjid Taman Peruda (Masjid Al Abrar Sungai Petani)


Masjid Taman Peruda atau turut dikenali sebagai Masjid Al Abrar Sungai Petani, adalah masjid kariah bagi penduduk di taman sekitar. Ia telah disiapkan pada tahun 2013 dengan kos 3.2 Juta Ringgit Malaysia. Dengan ruang solat yang luas, ia dapat memuatkan kira-kira 1500 jemaah pada satu masa. Projek pembinaan kompleks masjid ini telah dimulakan sejak tahun 2011 dengan peruntukan sebanyak RM 2.5 Juta di berikan oleh kerajaan pusat dan bakinya, RM 700k, adalah melalui sumbangan ramai. 

Masjid ini antara yang sangat aktif dalam menyampaikan ilmu agama pada orang ramai. Kuliah agama boleh dikatakan diadakan setiap hari mengikut jadual yang dipamerkan didepan pintu masjid. Selain itu, ia mempunyai FB yang aktif untuk tantapan pengguna. Antara kandungan kuliah yang disampaikan ustaz diupload agar menjadi pedoman setiap orang. Anda boleh kunjungi FB https://www.facebook.com/MasjidTamanPeruda/ untuk maklumat lanjut. 

Antara Intipati di FB Masjid Taman Peruda. 

FB Masjid Taman Peruda


Jadual Kuliah yang dipamerkan disini 

Video Kuliah diupload untuk tontonan orang ramai.

Jika kita melihat segala update yang dilakukan oleh jawantankuasa masjid ini di FB, ia menunjukkan bagaimana intergrasi antara teknologi dalam menyampaikan dakwah kepada orang ramai. Dengan usaha berterusan, InsyaAllah, ia akan menarik ramai orang untuk sentiasa mengunjungi masjid dalam melakukan ibadat dan menuntut ilmu.

Hadis dari Nabi Muhamad S.A.W, seperti sabda baginda : 
“Solat berjemaah itu lebih besar pahalanya daripada solat sendirian iaitu 27 ganjaran." (Sahih al-Bukhari)

Jadikan masjid tempat persinggahan anda kerana ia akan membentuk peribadi yang baik dari masa ke masa.
Sebelum mengundur diri, terdapat beberapa gambar yang diambil sebagai tontonan pembaca blog. 
Ruang hadapan Masjid

Bahagian dalam masjid

Bahagian ruang solat utama

Kolah untuk mengambil wuduk

Terima kasih. 

Comments

  1. "www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Syarat-syarat menyertai INSEP