Sarapan di Warung Otai, Pantai Puteri Melaka


Melawat Pantai Puteri ? Perkara pertama yang menjadi checklist anda adalah kedai makan. Pantai puteri agak popular dikalangan kaki pancing di Malaysia kerana terdapat banyak pertandingan yang diadakan disini sejak tahun-tahun sebelum ini. Selain itu, kawasan pantai yang berteluk memudahkan para pelancong untuk berkhemah disini kerana ombak adalah dalam kaeadaan sederhana pada waktu malam.

Kebanyakkan pengunjung berkhemah di pondok-pondok yang terdapat disekitar pantai. Dengan pokok Rhu yang tumbuh melata sepanjang pantai, maka keadaan adalah redup walaupun panas matahari terik di waktu tengah hari.

Semasa berjalan disini pada waktu pagi, terasa hening pagi dengan angin sejuk meniup dari laut. Tapi dari jauh, boleh kelihatan orang ramai banyak berkumpul di satu restoran untuk menjamu selera. Penuh dengan parking kenderaan di sisi jalan.

Antara yang menariknya disini, adalah gerai Otai yang terletak berdekatan Hotel Pantai Puteri. DIbuka awal pagi pada pukul 7 pagi sehingga 10 pagi, anda boleh mendapatkan menu harian anda seperti nasi goreng, bihun goreng, nasi lemak dan roti canai. Ia agak popular dikalangan penduduk disini kerana kesedapan makanan dan harga yang ditawarkan. Selain, makanan panas dihidngakan, ia turut menawarkan soto dan lontong pada hari-hari tertentu. Cuma tiada jualan kuih disini

Apabila tiba disini, terus pelayan menegur untuk mengambil order

"Nak makan apa ? tanya pelayan restoran.

"Bungkuskan 2 nasi lemak dan rendang daging ini. Rendang daging ni untuk harga RM 5" jawab saya bersahaja. Mungkin sudah biasa makan disini, jadi pelayan pun boleh mengagak menu yang diorder dan terus disiapkan order tersebut. Memang agak pantas berdasarkan bungkusan nasi lemak yang dibuat.

Teringat pada masakan Emak yang pernah berkongsi cara masakan nasi lemak yang menggunakan santan, namun tidak pernah dibuat kerana merasakan lebih mudah dibeli jika kuantiti yang masak adalah untuk dua orang.

Selesai, dibungkuskan, terus saja duit note merah dihulur, selalunya harga untuk nasi lemak adalah RM2.50, dan terus melangkah untuk pulang ke rumah.

Antara memu kesukaan saya adalah nasi lemak dan telur mata dengan kuah rendang. Selalunya, makanan ini dibungkus untuk dimakan bersama-sama keluarga.

Antara menu yang ditawarkan adalah seperti dibawah.

Rendang Daging dan Ayam masak merah 

Masakan panas Bihun, Nasi dan Mee Goreng

Keadaan restoran disini

Suasana pagi yang penuh dengan pelanggan

Selain disini , pengunjung boleh juga berkunjung ke Medan selera yang terletak bersebelahan restoran ini. Cuma selalunya waktu operasi medan selera agak lewat dan ia terus menghidangkan makanan tengah hari. Jadi pilihan yang terbaik untuk makan pagi adalah di Restoran Otai ini. 

Antara gambar yang sempat penulis rakamkan disini.


Kawasan khemah di Pantai Puteri

Medan Selera Pantai Puteri

Suasana pagi di Pantai Puteri
Bunyi ombak yang menghempas pantai mendamaikan suasana disini. Dengan plastik berisi nasi lemak ini adalah rezeki kami sekeluarga untuk pagi itu. 

Alhamdulilah. 

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah