Budak Kelas MRSM

"Kita tidak mampu mengubah arah angin yang meniup, tapi kita mampu mengubah arah kipas untuk menghala angin ke arah diri sendiri. Impian dan cita-cita milik setiap orang yang berusaha ke-arahnya"

February 2005, aku berada di MRSM Beseri, untuk sesi orientasi pertama ku disini. Aku merenung ke luar melihat persekitaran perpustakaan yang begitu asing buat diri ku. Terbayang perasaan aku akan memulakan persekitaran yang baru jauh dari kampung halaman ku di kedah. Aku tidak banyak masa membuat persediaan semasa ke sini, sekadar bekalan yang dibekalkan oleh ibu dan ayahku.

Apabila mendapat tawaran ke sini, aku melonjak sekali ingin pergi ke sini. Ingin sekali memijak kaki ke satu institusi yang digelar MRSM (Maktab Rendah Sains Mara). Telah banyak aku mendengar cerita-cerita mengenai MRSM dari kalangan rakan-ku, sehingga aku berasa bertuah ditempatkan disini. Tidak terbayang, diberi harapan untuk melanjutkan pengajian disini setelah bersusah payah berulang alik menaiki bas ke sekolah setiap pagi.

Sebelum aku mendaftar disini, aku belajar di sekolah harian di Sungai Petani. Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari. Antara sekolah yang terkenal disini kerana aktiviti sukannya. Boleh dianggap sekolah sukan pada zaman itu. Terdapat banyak wakil sekolah ini berentap di peringkat negeri. Disekolah harian ini, aku ditempatkan di kelas Arah. Digelar kelas arab kerana pelajar kelas ini akan mempunyai satu subjek tambahan iaitu “Kelas Arab”. Selain itu, terdapat jugak kelas mengaji yang diadakan setiap minggu. Pada waktu itu, apabila tibanya kelas mengaji, pasti aku, Faizan dan Razman akan berjalan-jalan diluar kelas atau kantin. Menghilangkan diri dari kelas yang mengajar kelas fardhu ain. Mungkin ada sesekali aku pergi, namun banyak masaku berada di luar kelas. Banyak kenangan aku disini bersama sahabat perjuanganku iaitu Faiz Rahman, Faiz Izzudin, Farhan, Rifhan Huda, Fatin, Faizan, Syed, Naim, Akmal Kadir, Shahril, Hanim, Rafaa, dan terlalu banyak jika ingin aku sebutkan. Setiap waktu disini, membuatkan aku begitu bersemangat ingin ke sekolah asrama penuh, untuk mengurangkan beban kos yuran pengangkutan ke ayahku.

MRSM Beseri yang terkenal dengan slogan MRSM B” is the Best, The Best is MRSM Beseri, terngiang-ngian ditelinga apabila tiba di pintu masuk maktab ini. Berdebar hati apabila tiba di pintu masuk sekolah ini, dengan kehadiran ramai ibu bapa dan pelajar. Tidak ubah seperti di pasaraya keadaanya. Teringat pesanan guruku apabila aku ditawarkan belajar disini, terus guruku menyebut, "berseri-seri" lah nanti bila kesana, kerana namanya MRSM Beseri. 

Dengan keadaan buku yang tersusun didalam perpustakaan, susunan meja pendaftaran mengikut kategori, aku agak kekok sedikit padamulanya. Sehinggalah proses pemakaian baju sekolah, dimana aku diberikan baju saiz M oleh petugas, tanpa segan silu, aku terus menyarungkan baju itu dengan keadaan agak sendat dibahagian bahu ku. Terus aku katakan baju ini sesuai untuk aku, walaupun aku diberikan saiz baju lain. Mungkin keadaan gabra ku menyelubungi jiwa, jadi segala yang diberikan sesuai untuk ku. Di akhir proses pendaftaran, aku diberikan beberapa dokumen orientatasi pembelajaran, sehelai baju saiz L, dan buku-buku yang aku akan gunakan di sini. Walaupun banyak yang diberikan, aku tidak kisah, kerana semangatku ingin memulakan sesuatu yang baru disini dan memulakan kehidupan di asrama penuh.  

Pada waktu pagi 19 April 2019, didepan laptop Acer Aspire, aku menulis coretan ini. Teringat akan kenangan dulu, membuatkan aku ingin membukukan kisah yang berlaku untuk pedoman, dan nasihat buat pembaca sekalian. Setiap kisah, ada jalan ceritanya. Setiap perjalanan hidup, ada liku hidupnya. Cuma bagaimana kita menghadapinya setiap cerita itu yang mungkin menjadi pedoman dikalangan insan-insan yang berhati nurani. Cerita ini bagi satu memori yang telah lama aku simpan untuk kenangan buat yang mengenali diriku ini.

Sebelum SPM 2006 bermula

📸 Gambar Sebelum SPM 2006 bermula. Kenangan ini sangat berharga, mencerminkan waktu yang penuh dengan harapan dan persediaan. SPM bukan hanya tentang peperiksaan, tetapi juga tentang perjalanan yang kita lalui bersama teman-teman dan keluarga. Semoga gambar ini mengingatkan kita tentang semua usaha dan dedikasi yang telah kita curahkan untuk mencapai matlamat kita.

Terima kasih kepada semua yang telah berada di sisi kita sepanjang perjalanan ini. Semoga kita terus memandang ke hadapan dengan semangat yang sama untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang.

#Throwback #SPM2006 #KenanganSekolah #PerjalananKejayaan #Nostalgia

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah