Kenangan Waktu Remaja, Menjelajah Gua di Perlis ( 2005 )

Post ini adalah mengingati zaman-zaman lama semasa muda remaja. Di waktu belajar sebagai pelajar di MRSM Beseri, Perlis. Diwaktu, kami akan menghadapi peperiksaan SPM, kami melakukan beberapa aktiviti yang telah menjadi memori indah kepada kami semua. 

Sebelum bermulanya aktiviti menjelajah gua, kami diberikan penerangan ringkas tentang keselamatan dan cara meneroka gua disini. 


Dari luar, kelihatan batu kapur, tetapi didalam nya terdapat gua yang boleh diteroka. 



Disebabkan ruang dalaman gua yang agak gelap, kami hanya bergambar diluar gua. 
Boleh lah, yang penting muka kelihatan. Bila diteliti kembali, ini gaya tak tengok kamera. 



Apabila telah selesai, bergambar dengan guru pengiring yang memberi tunjuk ajar kepada kami semua. 
Antara guru yang paling sempoi di MRSM dan pengajar subjek Biologi yang paling hebat di zaman kami belajar. 



Antara gambar kenangan terakhir bersama-sama sahabat yang sentiasa ingat di hati 



Indahnya kenangan di masa zaman belajar terutama waktu sekolah, kerana tiada yang perlu difikirkan selain belajar dan meneroka benda baru. Benarlah, pengalaman mengajar kita, dan ia memberi kita sinar baru dalam menghadapi kehidupan dihari yang mendatang. 












Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah