Posts

Mandi manda di Hutan Lipur Lata Bayu, Baling

Image
Kali ini, aku dengan member wat perancanga untuk mandi di Lata Bayu. Ye la, dari duduk umah je masa cuti, memang boring kot.. jadi pergi la jalan-jalan . Tempat ni pun cantik, bersih dan tiada bayaran masuk dikenakan, sesuai untuk aktiviti berkelah.  Kedudukan tempat ni di Baling, Kedah. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Kalau nak berkhemah, kena dapatkan kebenaran dari Pejabat Hutan Daerah. Tempat ni agak istimewa sebab terdapat air terjun setinggi 20 meter dan dibawahnya terbentuk kolam semulajadi yang orang panggil Lubok Lesung. Nak tau bentuk dia macam mana, kena la datang sini. Tapi kolam tu memang agak dalam la, kira kalau tinggi macam aku pun, paras leher jugak la.. Dekat sini, selain mandi, boleh jungle trekking kat hutan lipur ni. Tangga pun telah siap dibina bersama pondok rehat. Tapi memang tinggi kot, nak sampai atas pun aku dah tercungap-cungap..  Kalau sesiapa yang berminat flora dan fauna, inilah tempatnya, seba...

Test Laksa Buyung di Pantai Merdeka

Image
Kali ni, singgah ke Pantai Merdeka. yahooo... Ini la masa untuk lepaskan tension yang terbuku dihati.. hehe.. dah lama tak singgah sini, tapi bila dah sampai kat sini rasa tenang je. walaupun jalan nak ke sini agak meletihkan, ye la sebab jalan kampung, memang asyik kena tukar gear dan main brek sebab banyak orang kampung naik motor di area ni. Apapun, aku rasa sangat tenang kat sini. Kalu kat kilang, rasa tekanan je, dan fikir bila la waktu keje nak habis. Kadang-kadang kena marah dengan bos pada benda yang remeh temeh. Nak buat macam mana, bos pun ada banyak masa lapang sejak kurangnya permintaan produk dari customer. Jadi dok cari salah kitorang la. Biasa la , bos cina, memang macam tu kot. Bila sampai sini, selain tengok pemandangan laut, rasa teringin lak pulak nak rasa laksa. Kat gerai ni ada dijual laksa buyung. ermm, macam menarik kan. Jadi apa lagi, order la satu laksa buyung dan air sirap untuk santapan tengah hari. Sambil tu, dapat la tengok bahan mentah yang digu...

Cuti-cuti di Pantai Merdeka

Image
Hari ni, aku singgah pula ke Pantai Merdeka. dah lama tak datang sini. Dari duduk melepak je kat rumah, baik melepak kat sini, angin pun sepoi-sepoi bahasa. Bila tiba disini pada hujung, selalunya Pantai Merdeka ni penuh dengan peniaga, dari yang jual baju sampai la cenderahati. Ini la satu-satunya pantai kat Kedah yang pengunjung boleh mandi sebab bentuk pantai ni landai. Kira jarang la dengar ada orang lemas kat sini. Tiba pada waktu tengah hari, tapi tak rasa panas pun, mungkin sebab angin laut yang kuat. Sambil-sambil tu, sempat snap beberapa gambar pemandangan dekat Pantai Merdeka ni. Pada waktu petang selalunya orang main belon buih kat sini. kira meriah la dengan suara kanak-kanak... Bila dah berkunjung ke sini, jangan lupa untuk membeli cenderahati, sebagai kenangan... Berjumpa lagi pada post akan datang. 

Mencari ketenangan dengan memancing di tasik terbiar

Image
Asalamualaikum semua.. Walaupun sibuk bekerja siang malam, akhirnya aku dapat mendapat juga masa yang lapang, dan aku telah menggunakan masa lapang itu untuk aktiviti yang berfaedah. Apa tu, tak lain dan tak bukan ialah memancing.. Salah satu aktiviti yang aku minati masa zaman universiti dahulu, namun sekarang hanyalah sebagai pengisi masa yang terluang. Kat mana nak memancing dekat area Sg Petani ni, ada je tempat memancing cuma kena pandai mencari, Lokasi tempat ni dekat bandar perdana, Tasik terbiar yang dulunya rancangan nak dijadikan loji. Dalam persediaan untuk membaling umpan Kawasan ni memang dari dulu lagi jadi port memancing, dan kalu datang waktu petang, ada la nampak beberapa kaki pancing kat sini. Jadi masa sampai tu, bertegur la jugak dengan beberapa orang kaki pancing ni, nak tanya dapat ikan apa.. Yang pasti, diorang pun belum dapat hasil lagi.. Jadi cari port yang sesuai tuk baling umpan, dekat bawah pokok, teduh dari sinaran matahari. Kira lama jugak la m...

Kereta Google Street View telah tiba di Sg Petani

Image
Kali ini, berkesempatan untuk snap gambar kereta google maps. First time aku tengok kenderaan ni dekat area Sg Petani. Jauh jugak perjalanan google maps ni tuk ambil gambar-gambar jalan. Masa aku jumpa ni, kereta ni tengah parking dekat pasar taman ria. Jadi apa lagi, snap la gambar, bukan selalu jumpa. Ini lah gambar yang sempat penulis snap..

Menjejak kenangan lama : Taman Jubli Perak Sg Petani

Image
Hari ni sempat singgah di Taman Jubli Perak, Sungai Petani. Bagi aku, tempat ni lah aku pergi kalau hendak mencari ketenangan dan kedamaian. Di samping tu, ia banyak menyimpan kenangan masa aku kecik-kecik dulu . Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Terdapat kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini untuk pengunjung. Dekat sini la, penduduk sekitar melakukan aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu. Antara permainan kanak-kanak yang disediakan. Trek jogging telah dinaiktaraf dan lebih besar dari sebelumnya Kolam yang terdapat di tasik ini. Walaupun airnya nampak kehijauan, didalam tu ada ikan peliharaan dan kura-kura. Terdapat juga taman kecil yang baru dibina iaitu taman kaktus yang menempatkan lebih dari 30 jenis kaktus. Taman ini dijaga oleh Majlis Perbandara...