Posts

Sarapan di Warung Otai, Pantai Puteri Melaka

Image
Melawat Pantai Puteri ? Perkara pertama yang menjadi checklist anda adalah kedai makan. Pantai puteri agak popular dikalangan kaki pancing di Malaysia kerana terdapat banyak pertandingan yang diadakan disini sejak tahun-tahun sebelum ini. Selain itu, kawasan pantai yang berteluk memudahkan para pelancong untuk berkhemah disini kerana ombak adalah dalam kaeadaan sederhana pada waktu malam. Kebanyakkan pengunjung berkhemah di pondok-pondok yang terdapat disekitar pantai. Dengan pokok Rhu yang tumbuh melata sepanjang pantai, maka keadaan adalah redup walaupun panas matahari terik di waktu tengah hari. Semasa berjalan disini pada waktu pagi, terasa hening pagi dengan angin sejuk meniup dari laut. Tapi dari jauh, boleh kelihatan orang ramai banyak berkumpul di satu restoran untuk menjamu selera. Penuh dengan parking kenderaan di sisi jalan. Antara yang menariknya disini, adalah gerai Otai yang terletak berdekatan Hotel Pantai Puteri. DIbuka awal pagi pada pukul 7 pagi ...

Memancing Buku di Big Bad Wolf 2019

Image
Jika anda tidak pernah berkunjung ke Big Bad wolf sebelum ini, pasti artikel ini akan memberi anda pemahaman apa itu bad bad wolf dan bagaimana ia berkembang menjadi pesta buku yang popular di Malaysia. Pesta Buku ini tidak asing bagi sesiapa yang suka kan buku-buku, kerana ia menawarkan harga bukju dengan harga yang sangat murah. Ia bermula pada tahun 2009 dimana 2 orang suami isteri telah menubuhkan syarikat Big Bad Wolf Sdn Bhd dan mengadakan jualan pertama di Dataran Hamodal Petaling Jaya. Kemudian diteruskan ke AmCorp Mall yang menjadi lebih berjaya. Dari titik permulaan ini lah, pesta buku diteruskan sehinggalah pada tahun 2011, ia diiktiraf sebagai "World Biggest Book Sale dengan menawarkan 1.5 juta buku untuk jualan 11 hari di MAEPS, Serdang.  Dari kejayaan berterusan ini lah, sehinggalah pesta buku yang diadakan di The Mines untuk 11 hari dan dibuka  24 jam setiap hari menjadi tumpuan orang ramai. Pada pintu depan dewan di mines terdapat beberapa gerai yang ...

Kelas Asas Menjahit di Kolej Komuniti

Image
Saya baru sahaja menyelesaikan kelas menjahit blouse di kolej komuniti dan pengalaman ini benar-benar membuka mata saya kepada dunia seni menjahit. 👗✨ Dalam kelas ini, kami bukan sahaja mempelajari teknik-teknik asas menjahit tetapi juga mendalami pelbagai aspek penting seperti pola baju, pola badan wanita, dan asas mengukur. Kami belajar bagaimana untuk memilih kain yang sesuai, mengukur dengan tepat, dan menghasilkan pola yang sesuai dengan bentuk badan individu. Setiap langkah, dari memotong kain hingga menjahit setiap jahitan, memerlukan kesabaran dan kreativiti. Menariknya, daripada kebanyakan peserta yang terdiri daripada wanita, hanya ada dua lelaki dalam kelas ini. Menjahit adalah aktiviti yang sesuai untuk semua orang, tanpa mengira jantina! Apa yang paling memuaskan adalah melihat hasil kerja tangan kami sendiri, dan peluang untuk menghasilkan blouse yang sesuai dengan gaya peribadi. Tidak ada yang lebih memuaskan daripada melihat hasil kerja tangan kita sendiri! Jika anda ...

Keenakkan Sushi Japan : Restoran Miyagi, Bangi

Image
Antara restoran makanan Jepun yang popular di Bangi adalah Miyagi. Ia terkenal bukan sahaja kerana keenakan makanannya tetapi dengan harga yang berpatutan dengan portion yang besar. Sesiapa yang telah ke sini, pasti sedar betapa besarnya portion makanan yang diorder. Dengan dekorasi dalaman yang seakan kedai makan jepun yang anda dapat lihat di drama jepun, pasti membangkitkan keseronokan untuk menjamu selera disini.Apabila tiba disini, anda akan dapat melihat susunan kerusi untuk yang datang seorang seperti dibawah. Untuk yang datang berkumpulan meja besar yang boleh memuatkan 8 orang dalam satu meja pun ada.  Untuk yang datang secara solo boleh lah menikmati makanan dimeja seperti dibawah. Semasa kami tiba ke sini, bokeh dikatakan terdapat banyak pelanggan yang datang untuk makan tengah hari. Sambil mengambil mood untuk menikmati makanan jepun, boleh dikatakan bau enak makanan yang sedang dimasak membuatkan kami tidak sabar untuk melihat menu yang diberikan.  ...