Memancing Buku di Big Bad Wolf 2019
Jika anda tidak pernah berkunjung ke Big Bad wolf sebelum ini, pasti artikel ini akan memberi anda pemahaman apa itu bad bad wolf dan bagaimana ia berkembang menjadi pesta buku yang popular di Malaysia. Pesta Buku ini tidak asing bagi sesiapa yang suka kan buku-buku, kerana ia menawarkan harga bukju dengan harga yang sangat murah. Ia bermula pada tahun 2009 dimana 2 orang suami isteri telah menubuhkan syarikat Big Bad Wolf Sdn Bhd dan mengadakan jualan pertama di Dataran Hamodal Petaling Jaya. Kemudian diteruskan ke AmCorp Mall yang menjadi lebih berjaya. Dari titik permulaan ini lah, pesta buku diteruskan sehinggalah pada tahun 2011, ia diiktiraf sebagai "World Biggest Book Sale dengan menawarkan 1.5 juta buku untuk jualan 11 hari di MAEPS, Serdang.
Dari kejayaan berterusan ini lah, sehinggalah pesta buku yang diadakan di The Mines untuk 11 hari dan dibuka 24 jam setiap hari menjadi tumpuan orang ramai. Pada pintu depan dewan di mines terdapat beberapa gerai yang menjual alat-alat tulis, kindle, dan pameran jualan kereta. Singgah sebentar di galeri jualan tablet kindle yang dinamakan Kindle Paperwhite yang dijual dengan harga RM500-600. ia dilengkapi dengan pakej promosi ratusan buku online yang boleh dilanggan dengan murah di Amazon. Cuma tidak berkesempatan untuk berbincang lebih lanjut kerana ingin terus ke pesta buku yang diadakan.
Apabila tiba disini, terdapat beratus pengunjung didalam dewan ini. Terdapat section-section yang dibahagikan berdasarkan jenis buku yang ditawarkan. Setiap buku telah ditawarkan dengan harga diskaun dan sangatlah banyak untuk dilihat. Struktur dewan yang luas membuatkan, diri terasa sangat letih berjalan dari satu sudut ke sudut yang lain. Terdapat banyak genre yang ditawarkan menyebabkan penulis memilih buku yang mempunyai lenggok tulisan yang menarik dibaca.
Dengan section yang telah dibahagikan, kebanyakkan buku bahagian buku berbahasa Melayu telah dilawati, cumna untuk bahagian buku bahasa inggeris tidak sempat untuk melihat semua section kerana sudah penat berjalan. Untuk membawa buku, dibekalkan trolley kecil beroda yang boleh dibawa sepanjang misi mencari buku disini
Jika lapar, terdapat gerai jualan didalam mines ini yang menjual dari makanan ringan seperti nugget sehinngalah nasi goreng. Terdapat 2 gerai jualan Tea Live disini yang menjadi perhatian ramai. Trolley buku diletakkan di sebelah pintu untuk msuk ke ruang makan ini.
Sepanjang berada disini, terasa sangat takjub dengan orang ramai yang membeli berpuluh-puluh buku sehingga penuh trolley yang dibawa. Selain itu, dengan buku kanak-kanak yang banyak,membuatkan ibu-bapa terus mengambil bahan pelajaran yang sesuai untuk anak mereka tanpa memikirkan kos buku tersebut. Betullah, anak-anak itu membesar dengan buku yang dibaca kerana pemikiran kanak-kanak boleh diasah dengan pembacaaan. berdasarkan pemerhatian penulis, boleh dikatakan bahagian buku kanak-kanak yang menjadi tumpuan ibu bapa. Buku-buku novel berbahsa inggeris terus mendapat tumpuan pengguna yang lain kerana harganya yang murah,
Sepanjang memancing buku disini, sempat mengambil gambar untuk tontonan pembaca blog. Jangan lupa untuk singgah ke Bigh Bad Wolf tahun hadapan kerana terdapat banyak buku menarik yang akan dijual. Buat masa sekarang, baru sahajka memancing kira-kira 6 buku disini, yang rasanya tersangat berbaloi dengan kualiti dan buku yang ditawarkan.
Pada masa hadapan, rasanya ingin mendapatkan kindle sebegini, untuk memudahkan mendapatkan buku Best seller dari Amazon. Semoga berjumpa lagi,
Comments
Post a Comment