Posts

Terus Belajar dan Berkembang

Image
Dalam hidup ini, setiap pengalaman yang kita lalui bukan sekadar kebetulan. Setiap peristiwa—baik yang menggembirakan mahupun yang mencabar—mengandungi pelajaran yang menjadikan kita lebih kuat, lebih matang, dan lebih bijaksana. Namun, bagaimana kita bertindak balas terhadap pengalaman ini ditentukan oleh ketahanan (grit) , cara otak kita memproses maklumat, dan gangguan kognitif yang mempengaruhi keputusan kita. Ketahanan: Bertahan Lebih Penting Daripada Bakat Angela Duckworth dalam bukunya Grit: The Power of Passion and Perseverance menekankan bahawa kejayaan bukan sekadar bergantung kepada bakat, tetapi kepada keazaman dan ketahanan jangka panjang . Kita sering beranggapan bahawa orang berjaya lahir dengan kebolehan istimewa, tetapi realitinya, mereka yang terus maju adalah mereka yang tidak berhenti walaupun menghadapi kegagalan . Jika kita melihat kembali perjalanan hidup, pasti ada saat di mana kita hampir menyerah—pekerjaan yang terasa berat, cabaran yang kelihatan mustahil, a...

Self Gratitude & Grateful

Image
In the hustle of our daily lives, it’s easy to forget the importance of self-care. I’ve learned that taking a moment to practice self-gratitude and listening to my body when it asks for a break is crucial for maintaining balance and well-being. It’s not just about pushing through challenges; it’s also about recognizing when it’s time to step back and recharge. Our bodies are remarkable, but they need our respect and care to function at their best. Taking breaks isn’t a sign of weakness; it’s a commitment to sustaining our strength and resilience. So today, I’m reminding myself (and you) to pause, reflect, and honor the need for rest. Let’s celebrate our efforts and give ourselves permission to take the breaks we deserve. Here’s to respecting our limits and embracing the journey with self-compassion. 💪💖

Kuala Lumpur: A Concrete Jungle's Breathtaking Pulse

Image
  The image above isn't just a pretty picture; it's a snapshot of Kuala Lumpur's soul. (See image) A sprawling metropolis, a tapestry woven with threads of concrete, steel, and vibrant green. The imposing skyline, a testament to ambition and relentless progress, pierces the sky, its towers reaching for the dramatic, brooding clouds above. But look closer. Beyond the glittering skyscrapers, the image reveals a different story: the intricate network of roads, a constant flow of traffic mirroring the city's frenetic energy. The dense residential areas, a sea of terracotta rooftops, tell tales of countless lives lived amidst the urban hum. Even the pockets of lush greenery, clinging stubbornly to the edges of the city, seem to represent the resilience of nature in the face of relentless urban sprawl. Kuala Lumpur is a city of contrasts. It's a place where dreams are chased with fierce determination, where the relentless pursuit of success sometimes feels like a marathon...

Kerja dan The One Minute Manager Meets the Monkey ?

Image
Dalam perjalanan kerjaya aku, ada kalanya tekanan kerja terasa terlalu berat —terutama apabila setiap beban dan tanggungjawab dari bos terpaksa dipikul tanpa pertimbangan beban kerja yang sedia ada. Situasi ini sering kali membawa kepada keletihan mental, perasaan terbeban, dan hilangnya keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. 🔹 Kenapa Kita Selalu Jadi "Pemikul Beban"? Fenomena ini sebenarnya sudah lama dibincangkan dalam dunia pengurusan. Dalam buku The One Minute Manager Meets the Monkey oleh Ken Blanchard, William Oncken Jr., dan Hal Burrows , konsep ‘monkey’ merujuk kepada tanggungjawab atau tugas yang sepatutnya diuruskan oleh orang lain, tetapi akhirnya diletakkan di bahu kita. Sebagai contoh, bos berkata, "Tolong siapkan laporan ini untuk saya." Walaupun secara teknikalnya tanggungjawab tersebut sepatutnya diuruskan oleh bos, beban kerja itu kini menjadi masalah kita. Lama-kelamaan, semakin banyak ‘monkey’ yang diturunkan kepada kita tanpa kita s...

Cerita Pejabat : Ahmad dan Realiti Politik Pejabat dalam Kejuruteraan

Image
Ahmad seorang jurutera berpengalaman yang telah bekerja hampir 10 tahun dalam industri. Sepanjang kerjayanya, dia telah menyaksikan pemecatan mendadak, peletakan jawatan akibat tekanan kerja, dan notis tender yang berlaku kerana permainan politik pejabat . Walaupun dia cuba untuk kekal fokus pada tugasnya, politik dalaman sering kali menjadi cabaran yang sukar dielakkan. Dalam bukunya Surrounded by Setbacks , Thomas Erikson menekankan bahawa kehidupan tidak akan sentiasa berjalan lancar, dan kemunduran adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan . Begitu juga dalam dunia kerja—setiap cabaran yang dihadapi Ahmad adalah sebahagian daripada perjalanan menuju kematangan profesional. Suatu hari, seorang rakan sekerjanya, Farid, menerima berita pemecatan tanpa amaran awal. Keputusan itu mengejutkan seluruh pasukan. Ahmad dapat melihat bagaimana situasi ini bukan sahaja memberi kesan kepada Farid, tetapi juga mencetuskan kegelisahan dalam kalangan pekerja lain. Pemecatan bukan sekadar kehilanga...

Jauh, dan masih jauh perjalanan

Image
Terasa jauh perjalanan ni, untuk mencapai sehingga kini. Memberi satu erti baharu dalam kehidupan. Ia umpama mimpi yang menjadi realiti. Dimana tiada yang menghalang, cuma ia adalah permainan dalam fikiran sendiri. Jauh aku memikirkan, masa depan berpandukan masa lepas, tiada yang lain hanya Allah Tuhan Semesta Alam yang Maha Mengetahui.  Diri ini umpama semut dikalangan ribuan dan jutaan kelompok semut, yang bersama-sama mengenali dunia dari pandangan sendiri. Jauh dari sudut hati, mengetahui betapa besarnya hikmah dan nikmat yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama manusia.  Dikala pagi menjelma, semangat baru muncul semula, maka aku tekadkan diriku untuk belajar mengenali apa yang ada disekitarku. 

Kehidupan Sebelum Menjadi Engineer.

Bila disebut Engineer, sudah pasti orang beranggapan jawatan ini menjanjikan gaji besar. Jauh dari sudut hatiku, banyak yang terbuku ingin aku luahkan mengenai kerjaya sebagai Engineer. Sepanjang bekerja, sudah 5 kilang mencari tempat aku mencari sesuap nasi. Dengan gaji pertamaku sebagai QA technician, masih teringat lagi moment interview dengan HR untuk jawatan yang aku pohon. Gaji yang aku mintak untuk kerja pertamaku, tidaklah banyak, hanya RM1200 pada tahun 2014. Ia sudah sedikit sebanyak membuka mataku tentang industri perkilangan terutamanya SME. Dicampur dengan OT, sekurang-kurangnya RM1800 boleh aku bawa pulang. Ia sudah cukup untuk belanja diriku dan berbakti dengan ibubapa ku. Namun, perjalanan kerjaya ini tidaklah sentiasa mudah. Setiap cabaran dan rintangan yang aku hadapi membuatkan aku lebih menghargai setiap peluang yang ada. Dari pengalaman ini, aku belajar bahawa gaji bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan. Kepuasan dalam kerja, peluang untuk belajar dan berkembang, se...