Posts

Showing posts from 2019

Mesin Padi Mercu Tanda Baru Sg Petani

Image
Sekiranya anda melalui titian jambatan Merdeka, anda akan dapat melihat sebuah replika mesin padi bersaiz sebenar berlatarbelakangkan sawah padi . Ia kini menjadi tarikan terbaharu di Tikam Batu dimana Kedah adalah negeri yang terkenal sebagai jelapang padi ini.  Jika mai disini, jangan lupa untuk bergambar dengan monumen ini . Ia akan menjadi gambar yang menarik berlatar belakangkan sawah padi. 

Galeri Tsunami, Kuala Muda, Kedah

Image
Pada 26 Disember 2004 tarikh yang menjadi ingatan setiap orang di Asia Tenggara. Pada tarikh itu, berlaku gempa bumi kuat di Lautan  sehingga membentuk tsunami gergasi yang meragut puluhan ribu nyawa di 14 negara. Yang teruk terlibat adalah Indonesia. Pulau Pinang menerima kesan terburuk dari bencana itu, dan juga Kampong Sungai Muda, Kota Kuala Muda, Kedah yang mencatatkan 11 kematian. Walaupun sudah hampir 15 tahun tragedi itu berlaku. Namun ia masih lagi menjadi igauan mimpi bagi penduduk terutama mangsa yang masih setia berada di Kampong Sungai Muda. Kedah telah membangunkan Galeri Tsunami di kampung ini sebagai satu peringatan kepada orang ramai untuk memahami tragedi yang berlaku.  Terdapat beberapa gambar infografik yang disediakan dan pengunjung dapat melihat sendiri kediaman penduduk yang rosak akibat ombak tsunami, dan menjadi tinggalan sejarah yang akan menjadi memori tragedi tersebut. Disuatu sudut,. terdapat bot sampan yang bertingkat yang melambangkan keadaan sampan ya

Berdoa lah untuk 4 Perkara

Image
Dalam kita mengerjakan ibadah, jangan lah lupa untuk meminta kepada Allah segala yang kita inginkan. Kepada-Nya lah kita berserah, bermunajat dan memohon segala keampunan. Kita disyariatkan untuk doa pada bila-bila masa dan berdoa untuk apa jua hati ini. Setiap waktu kita berdoa itu, mintalah kepada Allah 4 perkara untuk dimakbulkan.  1. Dibersihkan/sucikan hati dan jiwa dari perkara kemungkaran.    - Hatilah adalah cerminan bagi setiap perbuatan yang kita lakukan. Jika baju telah terkena  kotoran, maka kotor otu akan melekat sehinggalah kita mencuci dengan air dan sabun. Kadang-kadang kita perlu gosok dengan berus kerana kotoran itu terlalu kental untuk dihilangkan. Begitu jugaklah hati manusia, sudah pasti noda-noda hitam tercalit sedikit demi sedikit dari dosa-dosa yang kita lakukan. Maka hendaklah ia dibersihkan, antaranya dengan berdoa, beribadah dan mengingat akan kematian.  “ Dari Ibn Umar ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wassammam bersabda: hati ini berkar

Popular 20% Diskaun Jualan Hujung Tahun 2019

Image
Popular Malaysia menawarkan potongan harga 20% kepada semua buku yang dibeli. Harga potongan ini akan berakhir pada hujung tahun ini. Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan buku dengan harga diskaun.

Burger King Promosi Menggunakan TouchNGo eWallet

Image
Kali ini, burger king menawarkan harga diskaun yang paling murah untuk burger Whopper Junior dan Chick n Crisp.  Dengan harga RM2.50, anda boleh dapat kan salah satu menggunakan Touch N Go ewallet. Jangan lepaskan peluang ini, hanya sehingga 31 Dec 2019.

Tanaman Kankung Cara Mudah

Image
Berkebun adalah aktiviti yang sangat digalakkan. Ia memberi banyak kelebihan dari segi mengurangkan rasa tekanan atay stress. Biasanya, di awal pagi sebelum bergerak ke pejabat, aktiviti harian adalah menyiram air dahulu ke tanaman. Disamping, mencabut rumpai dilakukan selang 2 minggu sekali.  Kaedah digunakan adalah jenis hydroponik tanah ( bekas digunakan untuk menampung air dalam pasu. ) Rasanya teknik ini adalah paling mudah untuk dipraktikkan kepada sesiapa yang tiada ruang tanaman yang luas.  Pokok yang mudah ditanam adalah kankung. Disebabkan ia mudah membesar, tanah digunakan sebagai medium tanaman. Hanya taburkan beberapa biji benih kankung di tanah yang lembab ( atau rendamkan biji benih untuk sehari semalam ) kemudian, pasti tunas hijau muncul sebelum ia berkembang dengan pesat apabila diberikan air, cahaya dan ruang yang cukup. Untuk memastikan pembesaran pokok adalah lebih cepat, digalakkan menggunakan baja organik yang terdapat dipasaran.  Kebanyakkan beji benih, tana

OYO Hotel : La Putri Boutique

Image
La Putri Boutique hotel adalah salah satu tempat penginapan budget yang terdapat di Bangi. Bersebelahan deretan kedai butik, menyebabkan ia menjadi pilihan sesiapa yang ingin melancong di sekitar Bangi. Antara bilik yang menjadi pilihan adalah bilik keluarga yang mempunyai saiz bilik agak besar berbanding yang lain. Selain itu, dengan perkhidmatan lif disediakan, ia amat memudahkan sesiapa yang menginap disini.  Untuk booking disini, digalakkan untuk menggunakan OYO Apps. Disini, harga yang ditawarkan adalah lebih murah dari hrga walk-in. Dengan lokasi berdekatan dengan pasaraya dan pusat perniagaan menyebabkan ia sentiasa penuh pada hujung minggu. Jadi digalakkan untuk booked hotel ini dengan apps sebelum tiba disini. Cara booked dengan Apps adalah 1. Install Apps OYO Hotel di Google Store atau klik link dibawah untuk harga promosi bagi pertama kali booking.  https://share.oyorooms.com/MUHA22QNW6 or use code MUHA22QNW6. 2. Register maklumat diri anda dalam Apps. 3. Masu

Pemandangan atas kawasan Tanjung Kling dan Pantai Puteri

Image
Antara pemandangan yang dapat diambil sekitar Tanjung Kling dan Pantai Puteri. Disebabkan kawasan pantai adalah bersih dan berteluk, membuatkan ia tempat yang sering dikunjungi orang luar untuk berehat dan berkhemah.  Terdapat banyak homestay dan hotel yang beroperasi disini jika anda memilih penginapan berdekatan pantai. 

Tujuan Manusia Diciptakan

Image
Umur 30 tahun, adalah waktu pertengahan bagi seorang insan. Dia telah melalui zaman kanak-kanak, remaja dan mengenal erti ke-dewasa-an. Waktu dimana ia mengetahui segala yang dilalui itu akam menjadi kenangan yang tidak dapat lagi diulang. Betapa setiap zaman itu, akan mengajar seorang insan erti sebenar kehidupan yang sementara ini. Masa yang berlalu mencorakkan usia kita didunia. Tiada yang dapat  mengulang masa yang berlalu, dan ia terus berlalu mengikut kehendak Penncipta-Nya, Allah S.W.T. Dalam setiap detik, terdapat suruhan wajib yang diamanahkan kepada setiap insan. Islam mengajar kita erti Rukun Islam yang menjadi pegangan setiap muslim. 1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 2. Solat Lima Waktu Sehari. 3. Berpuasa pada bulan Ramadhan. 4. Menunaikan zakat. 5. Menunaikan haji jika berkemampuan.  Kelima rukun Islam ini lah yang memegang tiang tiang akidah untuk seorang muslim. Ia kerana, manusia diciptakan Allah untuk beribadah kepada-Nya.  Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan

Sport Planet, Warehouse Clearance - The Mines

Image
Warehouse clearance untuk barang sukan berjenama kembali di The Mines. Kali ini, kedai yang menawarkan diskaun adalah Sport Planet. Jika anda memandu disekitar Seri Kembangan, terdapat banyak bunting yang dipasang mengenai jualan warehouse clearance ini. Ia bermula dari 29 November 2019 sehingga 1 January 2020 Sepanjang berjalan disini, terdapat banyak pengunjung yang tertumpu dibahagian kasut-kasut sukan. Cuma bagi saya, lebih banyak menhabiskan masa untuk melihat beg-beg yang digantung sepanjang dinding kedai. Boleh dikatakan, kebanyakka beg galas menawarkan harga yang berpatutan dengan diskaun yang diberi. Antara gambar yang sempat dirakamkan disini