Berdoa lah untuk 4 Perkara

Dalam kita mengerjakan ibadah, jangan lah lupa untuk meminta kepada Allah segala yang kita inginkan. Kepada-Nya lah kita berserah, bermunajat dan memohon segala keampunan. Kita disyariatkan untuk doa pada bila-bila masa dan berdoa untuk apa jua hati ini.

Setiap waktu kita berdoa itu, mintalah kepada Allah 4 perkara untuk dimakbulkan. 

1. Dibersihkan/sucikan hati dan jiwa dari perkara kemungkaran.  
- Hatilah adalah cerminan bagi setiap perbuatan yang kita lakukan. Jika baju telah terkena  kotoran, maka kotor otu akan melekat sehinggalah kita mencuci dengan air dan sabun. Kadang-kadang kita perlu gosok dengan berus kerana kotoran itu terlalu kental untuk dihilangkan. Begitu jugaklah hati manusia, sudah pasti noda-noda hitam tercalit sedikit demi sedikit dari dosa-dosa yang kita lakukan. Maka hendaklah ia dibersihkan, antaranya dengan berdoa, beribadah dan mengingat akan kematian. 

Dari Ibn Umar ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wassammam bersabda: hati ini berkarat seperti berkaratnya besi jika terkena air. Lalu beliau ditanya: Apa pembersihnya? Sabda beliau: banyak mengingat mati dan membaca Al-Quran.” (HR.  Al Baihaqi)

2. Mudahkan urusan yang kita lakukan.
-Setiap hari, terlalu banyak urusan yang kita lakukan setiap hari. Kita berdoa semoga segala yang kita rencanakan segala urusan sepanjang hari itu, dimudahkan urusannya sebelum kita menghampiri tidur dikala malam menjelma. Untuk itu, perlunya kita bantuan dari Allah semoga dipermudahkan tugas kita pada hari itu. 

3. Lancarkan lisan dan akhlak kita 
- Lisan adalah bahasa ungkapam dari mulut yang kita sampaikan kepada yang lain. Semoga apa yang disebut isteri difahami suami, apa yang suami kata, isteri akan dengar. Apa yang dicakap kepada orang ramai didengari dan difahami. Kita minta segala ucapan kita mendapat rahmat dan tidak menyakiti hati yang lain. Lidah itu umpama pedang yang tajam. 

4. Lapangkan dada kita agar bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan
-Selagi kita bernafas didunia ini, ujian pasti akan datang dari setiap penjuru. Setiap ujian itulah mematangkan manusia. Dengan ujianlah kita akan menyedari betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan. Dengan lapangnya, kita akan menjadi orang yang tenang. Yang boleh memaafkan dan menerima kekurangan orang lain. Yang boleh menerima teguran. Yang boleh menerima ujian yang dilalui. Yang hidupnya mahu memudahkan dan menghiburkan hati yang lain. Yang mengingat kematian akan tiba bila-bila masa sahaja. 

Semoga kita semua boleh beramal dengan  ini agar menjadi insan yang positif dan diberkati Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Syarat-syarat menyertai INSEP