Posts

Showing posts from November, 2014

Masa berlalu, dan semakin banyak rakan ku berhenti kerja

Image
Bulan ini, banyak member kilang aku yang berhenti. Antaranya, Farhana, Zahiah, Pnat, Syafikah dan Suehaida. Ada yang berhenti kerana masalah konflik dengan bos, ada yang berhenti kerana mendapat tawaran kerja yang lebih baik, dan ada jugak yang berhenti kerana tidak sanggup bekerja shift malam. Walaupun begitu, aku masih lagi berada di kilang ini, dengan harapan suasana disini akan bertambah baik. Engineer baru je melaporkan diri untuk berkhidmat disini, dan aku pun ingin mempelajari sebanyak mungkin tentang ilmu QA dari dia. Harap harap, engineer ni tidak kedekut berkonsi ilmu. Aku masih ingin bekerja disini sekurang-kurang nya setahun. Ye la, at least ada pengalaman setahun dalam QA ni , mungkin boleh membantu aku untuk mendapatkan tawaran kerja yang lebih baik selepas ini. Jarang ada company yang ingin mengambil pekerja bari yang tiada pengalaman, selalunya requirement sesuatu kerja adalah minimum satu tahun bekerja dalam industri berkaitan. Jadi disebabkan itu, aku masih keka...

Ikuti Forum Francais Komuniti di C-Mart

Image
Asalamualaikum semua Apabila dah tiba hujung minggu, selalunya tiada apa yang nak dibuat kan. Jadi pada hari sabtu, bersamaan 15 November 2014, aku telah mengikuti satu program iaitu forum mengenai francais komuniti di ruang legar pasaraya C-Mart yang bertujuan untuk memperkenalkan jenis-jenis francais, dan bagaimana untuk membuat pelaburan dalam program francais. Program ini berbentuk keusahawanan, jadi memang ramai la yang hadir pada program ini... Acara kemuncak adalah forum mengenai Program Francais Komuniti yang dihadiri oleh YB Dato Sri Hasan Bin Malek iaitu Menteri Perdagangan. Jadi saya nak ulas sedikit mengenai francais ini. Konsep francais ini perjanjian antara pemberi francais yang memberi hak untuk melaksanakan perniagaan kepada pemegang francais sama ada secara kontrak ataupun tetap. Jadi pemegang francais boleh mengunakan hak dagangan, maklumat sulit dan harta intelektual yang dipunyai oleh pemberi francais. Maksud mudah, pelabur telah membeli sistem perniagaan yang ...

Berehat di Pulau Sayak

Image
Asalamualaikum semua... Sebenarnya dah lama perasaan dalam hati nak pergi berjalan-jalan di Pulau Sayak. Lokasi dekat dengan Pantai Merdeka.. Tujuan nak pergi sebab nak merehatkan minda sambil tgk laut.. hehe... Pulau Sayak ni terkenal dengan Mee Udang, udang nya fresh dan besar2.. Kira sesuai la pada org yang nak menikmati mee udang yang sedap2 sambil makan kat tepi laut... Namun saya tak minat mee udang, jadi tidak la merasa keenakan mee udang tu.. sebabnye, ada penyakit resdung. Walaupun tak serius, cuma bila makan udang, akan rasa gatal2 skit dkt muka.. sebab tu saya selalu cuba elakkan makanan laut mcm kerang, udang dan ketam.. Bila dah sampai kat area pulau sayak tu, susah jgk nak cari parking, sebab kebanyakkan tempat ada restoran, chalet dan rumah orang. Jadi sesiapa yang hendak pergi tu kena pandai2 la cari parking. Masa sampai kat sana, waktu dah petang.. Duduk dekat bawah pokok yang penuh dengan pasir laut sambil tengok laut..  Sempat la tengok matahari nak ter...

Jualan murah kembali ke Sg Petani

Image
Pada hari Sabtu lepas, selepas pulang dari menghadiri kursus asas komputer di Kolej Komuniti Seberang Jaya, singgah sebentar di Parkson Taman Sejati, atau turut dikenali sebagai Petani Parade. Sengaja singgah sebentar untuk menghilangkan penat memandu. Hari tu, hujan turun agak lebat, jadi pemanduan yang sepatutnya jadi mudah dan cepat jadi agak lambat kerana para pemandu di highway memperlahankan kenderaan disebabkan jarak pandangan berkurangan. Memang terasa penatnya, apabila asyik terpaksa menekan brek dan menukar clutch. Biasa lah, kereta manual, memang begitu la rutin nya kan. InsyAllah, sekiranya aku mendapat pekerjaan yang lebih baik, aku ingin menukar kereta yang lebih besar dan pemanduan auto.  Semoga harapan aku dimakbulkan Allah.. Oh, kembali ke cerita Parkson tadi, selepas sampai di perkarangan pintu Parkson, terlihat ramai orang berkerumun di suatu tempat. Macam pasar lak bila tengok sekali pandang. Jadi dengan perasaan ingin tahu, terus la masuk dan menuju ke te...

Ikuti Kursus Asas Komputer

Image
Asalamualaikum semua Hari ni, nak cerita sikit aktiviti pada waktu cuti hari sabtu dan ahad, 1 dan 2 November 2014. Aktiviti apa ye... Sebenarnya, ada join kursus asas komputer di Kolej Komuniti Seberang Jaya, Penang. Jauh jugak perjalanan hendak kesana, dari Tol Sungai Petani Selatan sampai la ke Tol Sg Dua. Masa perjalanan tak lama, kira-kira 30 minit dengan speed 100km/h. Cuma diadakan pada waktu pagi, jadi memang agak mengantuk jugak la dalam perjalanan tu. Di tol Sg Petani Selatan Bila dah sampai dekat Kolej Komuniti, baru dapat tahu dari pihak penganjur, bahawa, program akan dijalan kan pada pukul 9.30 pagi. Lewat 1 jam dari jadual asal kerana tenaga pengajar belum sampai dan peserta belum mencukupi.. Ada kira-kira 30 peserta untuk kursus kali ini. Memang banyak kan, tak sangka langsung banyak orang berminat dengan kursus komputer ni rupanya. Menariknya dengan kursus kali ini adalah, tiada sebarang yuran penyertaan yang perlu dibayar, dan makanan tengah hari disedia...