Jualan murah kembali ke Sg Petani


Pada hari Sabtu lepas, selepas pulang dari menghadiri kursus asas komputer di Kolej Komuniti Seberang Jaya, singgah sebentar di Parkson Taman Sejati, atau turut dikenali sebagai Petani Parade. Sengaja singgah sebentar untuk menghilangkan penat memandu. Hari tu, hujan turun agak lebat, jadi pemanduan yang sepatutnya jadi mudah dan cepat jadi agak lambat kerana para pemandu di highway memperlahankan kenderaan disebabkan jarak pandangan berkurangan. Memang terasa penatnya, apabila asyik terpaksa menekan brek dan menukar clutch. Biasa lah, kereta manual, memang begitu la rutin nya kan. InsyAllah, sekiranya aku mendapat pekerjaan yang lebih baik, aku ingin menukar kereta yang lebih besar dan pemanduan auto.  Semoga harapan aku dimakbulkan Allah..

Oh, kembali ke cerita Parkson tadi, selepas sampai di perkarangan pintu Parkson, terlihat ramai orang berkerumun di suatu tempat. Macam pasar lak bila tengok sekali pandang. Jadi dengan perasaan ingin tahu, terus la masuk dan menuju ke tempat orang berkumpul tu. Rupa-rupanya, ramai orang berkerumun untuk memilih seluar jeans dan baju. Macam semut jumpa gula lak, begitulah perumpamaan nya.. Memang ramai. Seluar jeans yang dijual pula memang murah-murah. Jeans jenama Mustang, Edwin, dan GA-Blue dijual dengan harga serendah RM 20. Orang kata jualan penghabisan stok. Jadi mana orang Sungai Petani tak serbu. Kira ni pertama kali jugak tengok jualan murah macam ni diadakan di Sg Petani, selalunya nampak dekat area Selangor yang banyak buat promosi jualan murah.. Kira beruntung la orang Sg Petani sekarang dengan pembagunan yang pesat di sekitar bandar ditambah dengan jualan murah kali ni.

Orang ramai yang memilih jeans yang sesuai

Jadi memang hasrat nak beli jeans, tapi apa kan daya, nak berjimat sikit kali ni, sebab perlu simpan wang untuk beli komputer. Jadi dari kerumun beli jeans, cari la baju yang sesuai. Syukur, jumpa la satu baju, harga pun ok, RM 15. Terus beli dengan hati yang riang. hehe....

Baju lengan pendek berkain denim

Sesudah tu, pulang ke rumah, sebelum tu singgah sekejap di kedai makan untuk menggalas perut. Itulah nukilan untuk hari ni. Jumpa lagi pada masa akan datang..

Semoga sihat selalu ya.... 

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah