Ikuti Kursus Asas Komputer



Asalamualaikum semua

Hari ni, nak cerita sikit aktiviti pada waktu cuti hari sabtu dan ahad, 1 dan 2 November 2014. Aktiviti apa ye... Sebenarnya, ada join kursus asas komputer di Kolej Komuniti Seberang Jaya, Penang. Jauh jugak perjalanan hendak kesana, dari Tol Sungai Petani Selatan sampai la ke Tol Sg Dua. Masa perjalanan tak lama, kira-kira 30 minit dengan speed 100km/h. Cuma diadakan pada waktu pagi, jadi memang agak mengantuk jugak la dalam perjalanan tu.
Di tol Sg Petani Selatan
Bila dah sampai dekat Kolej Komuniti, baru dapat tahu dari pihak penganjur, bahawa, program akan dijalan kan pada pukul 9.30 pagi. Lewat 1 jam dari jadual asal kerana tenaga pengajar belum sampai dan peserta belum mencukupi.. Ada kira-kira 30 peserta untuk kursus kali ini. Memang banyak kan, tak sangka langsung banyak orang berminat dengan kursus komputer ni rupanya.

Menariknya dengan kursus kali ini adalah, tiada sebarang yuran penyertaan yang perlu dibayar, dan makanan tengah hari disediakan. Syukur dapat tahu program ni bila search website kolej komuniti, kalu tidak memang tak join la. Kursus ini pula diadakan selama dua hari. Kenapa ye, sebab banyak yang nak diajar kepada peserta. Kursus ini lebih kepada hands-on atau 80% praktikal.

Mula-mula peserta didedahkan dengan fungsi asas komputer. kemudian bermula aktiviti yang menarik, Memasang komponen -komponen komputer bermula dari motherboard, microprocesser hinggalah siap sepenuhnya, Memang masa ni, peserta didedahkan dengan fungsi setiap komponen dan cara pemasangan yang betul. Setelah siap pasang, komputer dihidupkan, kalu ada masalah, pengajar akan trouble shooting dan menjelaskan masalah atau kesilapan yang berlaku semasa memasang komponen komputer. Jadi syukur, komputer yang dipasang tiada masalah, cuma perlu tukar motherboard, sebab ada dua - tiga pin tempat meletakkan processor telah bengkok masa permulaan pemasangan dijalankan. Lama jugak, sebenarnya nak pasang komponen komputer ni, tapi bila dah mahir, tak sampai 10 minit dah boleh siap..

Pegajar menerangkan cara memasang komponen komputer
Selepas siap, pemasangan komputer, peserta diajar cara menginstall windows, office, software yang berkaitan, maintenance dan cara buat partition C dan D. Itulah modul pengajaran sepanjang program itu berlangsung. Memang banyak sangat info yang dapat dari kursus ini. Kalau dulu tak tahu pun macam mana nak pasang komputer ni, sekarang ni, kira boleh la pasang sendiri, dan kalu komputer ada problem boleh try selesaikan masalah tu.

Pengajar menerangkan tentang Windows
Sepanjang kursus itu berlangsung, peserta yang hadir memang nampak kesungguhan untuk bertanya. Kira kelas tu jadi menarik sebab soalan-soalan yang datang dari peserta, sampaikan pengajar tak sempat nak jawab soalan yang dikemukan.. Gambar-gambar diatas menceritakan segalanya, nampakan reaksi peserta semasa tengah dengar ilmu yang disampaikan tenaga pengajar. 

Sesudah selesai program tu, ada majlis penyampaian sijil untuk para peserta. Kira waktu tu, nama setiap orang dipanggil sorang demi sorang. Then bergambar masa nak amik sijil tersebut. Bangga sekejap... hehe.... Program ni memang sangat bermafaat, tak kira pada yang tua ataupun muda.. Saya pun dapat kenal beberapa rakan dalam kursus ni. InsyAllah, sekiranya diizinkan, akan bertemu lagi dengan mereka pada masa akan datang. Oh ya... bertambah la lagi koleksi sijil... :)



Semoga berjumpa lagi dan bergembiralah selalu....

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah