Posts

Showing posts from December, 2014

Solidworks Design : Design Cawan

Image
Asalamualaikum semua Sejak beli komputer hari tu, tak terfikir lagi nak wat design.. Jadi kali ni, sebab ada masa yang terluang, cuba la design benda yang simple menggunakan Solidworks. Solidworks ni aku pernah guna masa universiti dulu, tapi tak lama, dalam 3 bulan macam tu je untuk siapkan projek. Lepas tu, terus tak guna.. Ilmu berkaitan software ni pun dah lama lupa. Jadi ingat nak training balik buat design-design yang mudah dulu, bila dah mahir balik, baru try plan nak buat design kereta pulak. hehe. Jadi design pertama selepas dah lama tak guna software ni adalah cawan. Ni gambar semasa tengah buat cawan ni. Design reka bentuk dia, guna swept boss. Dapat bentuk macam ni. Kira amik masa dalam 15 minit jugak la. bila dah siap tu, wat rendering skit, supaya nampak real..  Design bentuk dan warna yang sesuai Ni hasilnya selepas rendering Macam mana cantik tak..hehe...InsyAllah, nanti bila ada design benda baru, aku akan post lagi kat blog ini... ...

Singgah di Fun Fair

Image
Hari sabtu lepas, ada kelapangan masa yg terluang, jadi naik kereta, round area bandar Sg Petani. Dari Tesco sampai la C-Mart, tiba-tiba ternampak ada macam pesta di sebelah kawasan ibu pejabat Polis Daerah Kuala Muda. Berhenti sekejap kereta, dan baru sedar rupa-rupanya ada Fun Fair. Memang dah lama tak masuk fun fair sebenarnya, dah dekat 3 tahun, jadi bila dah ada tu, terus teringin nak singgah, sebab nak tengok apa yang ada dekat sana.. Excited sangat-sangat. Bila dah sampai dekat Fun Fair tu, memang susah sungguh nak parking. Penuh dengan ramai orang lalu lalang lagi. Tunggu la kira-kira 10 minit nak cari parking, syukur ada jugak orang nak balik, jadi dapat la parking dekat dengan Fun Fair tu. Kira jalan pun tak jauh.. Bila masuk tu, tak dikenakan apa-apa bayaran, cuma terkejut tengok permainan yang besar-besar tu. Wow... memang besar, rasa dah macam kat Genting Highlands pulak, bila nak gambarkan permainan yang ada kat situ. Dari permainan main dart sampai la permainan macam ...

Cara-cara membuang virus Secure Browsing dari Pendrive

Image
Hari ni, kita nak bicarakan cara-cara nak buang virus Secure Browsing . Cara hendak mengenali virus ini adalah melalui ikon yang akan muncul apabila anda memasukkan pendrive ke komputer. Walaupun anda format pendrive anda, virus ini masih lagi ada disitu. Virus ini pula disebarkan melalui pendrive, dimana apabila kita memasukkan pendrive yang dijangkiti virus ini ke komputer yang lain dan apabila kita menekan ikon SecureBrowsing, ia terus merebak. Menyebabkan mana-mana pendrive yang dicucuk dengan komputer itu akan turut dijangkiti. Ini lah cara yang saya lakukan. 1. Download removal virus di   sini   ( http://www.en.usbfix.net/download/usbfix/ ) 2. Install program UsbFix yang telah didownload 3. Start the program, dan tekan Clean 4. Selesai process clean, sila restart komputer anda. Anda akan dapat mengakses document di dalam pendrive tanpa ada masalah lagi selepas ini. Begitulah caranya, Yang penting program UsbFix ini akan...

Pasar Pagi Taman Ria Jaya

Image
Pasar pagi taman ria jaya ni, akan dibuka pada hari Khamis dari pukul 8 pagi sampai la 1 tengah hari. Kira ramai la jugak yang datang ke sini. Hajat di hati nak cari topi hitam yang murah-murah. Nak berjimat la jugak kan. Nak kena pakai waktu ke tempat kerja, sebab kilang tu amalkan clean room, jadi pakai topi yang menutup rambut itu satu kemestian. Sebab dah survery harga topi dekat kedai di pasaraya, harga diantara RM 20-30. Jadi diharapkan dekat sini lagi murah la kan.  Bila jalan-jalan kat sini, terjumpa la satu gerai, harga pun ok. RM 10 je. Apalagi terus la beli. Mudah nya beli kat sini boleh tawar menawar sebab peniaga kat situ akan letak harga tinggi pada mulanya, jadi memang kena pandai tawar untuk dapatkan pada harga yang kita ingini. Selesai misi mencari topi..  Sebelum pulang tu, sempat la snap beberapa gambar sekitar pasar pagi ni, macam -macam ada, dari ikan, ayam, pakaian sampai la barang-barang lama *(pasar karat ).  ...

Pelaburan bagi masa depan

Image
  Asalamualaikum semua.. Pada bulan Disember ni, akhirnya aku membuat keputusan untuk memiliki sebuah komputer baru kegunaan diriku. Ini disebabkan laptop yang aku gunakan sekarang akan aku berikan kepada adikku yang ingin menggunakannya untuk belajar di matrikulasi. Jadi komputer apa yang aku beli kali ini... Keputusannya ialah desktop, ya bukan laptop lagi... Sebabnya, aku perlu menggunakan program seperti Solidwork dan AutoCAD yang mana laptop biasa nya akan mengalami hang apabila aku membuka program ni. Tujuan nya, aku hendak gunakan untuk mengasah skill aku dalam designing 2D dan 3D. Ini sajalah skill yang aku mahir, dan aku harapkan skill ini yang akan membezakan aku dengan pemegang ijazah lain apabila memohon kerja. Selepas mengkaji mengenai komputer yang aku ingin beli, akhirnya aku memilih jenama ASUS, kerana keupayaannya dan cukup dengan budget aku. Dan aku amat berpuas hati dengan prestasi komputer ini... Aku harapkan pelaburan yang aku terjemahk...