Cara-cara membuang virus Secure Browsing dari Pendrive

Hari ni, kita nak bicarakan cara-cara nak buang virus Secure Browsing. Cara hendak mengenali virus ini adalah melalui ikon yang akan muncul apabila anda memasukkan pendrive ke komputer. Walaupun anda format pendrive anda, virus ini masih lagi ada disitu. Virus ini pula disebarkan melalui pendrive, dimana apabila kita memasukkan pendrive yang dijangkiti virus ini ke komputer yang lain dan apabila kita menekan ikon SecureBrowsing, ia terus merebak. Menyebabkan mana-mana pendrive yang dicucuk dengan komputer itu akan turut dijangkiti.

Ini lah cara yang saya lakukan.

1. Download removal virus di sini  ( http://www.en.usbfix.net/download/usbfix/ )


2. Install program UsbFix yang telah didownload


3. Start the program, dan tekan Clean


4. Selesai process clean, sila restart komputer anda.

Anda akan dapat mengakses document di dalam pendrive tanpa ada masalah lagi selepas ini.

Begitulah caranya, Yang penting program UsbFix ini akan membersihkan komputer dan pendrive dari virus SecureBrowsing 

Terima kasih kerana membaca, semoga berjumpa lagi..

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah