Singgah di Fun Fair
Hari sabtu lepas, ada kelapangan masa yg terluang, jadi naik kereta, round area bandar Sg Petani. Dari Tesco sampai la C-Mart, tiba-tiba ternampak ada macam pesta di sebelah kawasan ibu pejabat Polis Daerah Kuala Muda. Berhenti sekejap kereta, dan baru sedar rupa-rupanya ada Fun Fair. Memang dah lama tak masuk fun fair sebenarnya, dah dekat 3 tahun, jadi bila dah ada tu, terus teringin nak singgah, sebab nak tengok apa yang ada dekat sana.. Excited sangat-sangat.
Bila dah sampai dekat Fun Fair tu, memang susah sungguh nak parking. Penuh dengan ramai orang lalu lalang lagi. Tunggu la kira-kira 10 minit nak cari parking, syukur ada jugak orang nak balik, jadi dapat la parking dekat dengan Fun Fair tu. Kira jalan pun tak jauh.. Bila masuk tu, tak dikenakan apa-apa bayaran, cuma terkejut tengok permainan yang besar-besar tu. Wow... memang besar, rasa dah macam kat Genting Highlands pulak, bila nak gambarkan permainan yang ada kat situ. Dari permainan main dart sampai la permainan macam roller coster.
Jadi terus cari kaunter toker, nak tukar duit, Walaupun tak tahu nak main apa pun. Pergi pun sorang diri, jadi agak buntu jugak la. Harga token tu pulak ialah RM2 untuk 1 token. Jadi guna RM10, dapat la 5 token. Jadi pergi la mencari permainan yang sesuai untuk bermain. Heheh... Macam kembali pada zaman budak-budak pulak walaupun umur dah 25 tahun. huhu..
Jumpa la satu permainan, yang menarik perhatian dari macam-macam permainan yang ada. Top Gun Discovery....
Memang besar, dan inilah main attraction kat sini. Nampak gementar jugak, sebab ini hanya sekali dalam seumur hidup, terus bayar token dan duduk di bahagian depan sekali. Wow.. memang lagi gementar la pulak, sebelah aku pula ada seorang student UiTM Merbok, kira jadi kawan sekejap. Tapi tak dapat sembang banyak sebab benda ni dah nak bergerak. Lepas pasang seat belt, safety cage pun tutup. Then bergerak.......... fuh......... ahhhhhh...... haaha.....
Bila dah sampai dekat Fun Fair tu, memang susah sungguh nak parking. Penuh dengan ramai orang lalu lalang lagi. Tunggu la kira-kira 10 minit nak cari parking, syukur ada jugak orang nak balik, jadi dapat la parking dekat dengan Fun Fair tu. Kira jalan pun tak jauh.. Bila masuk tu, tak dikenakan apa-apa bayaran, cuma terkejut tengok permainan yang besar-besar tu. Wow... memang besar, rasa dah macam kat Genting Highlands pulak, bila nak gambarkan permainan yang ada kat situ. Dari permainan main dart sampai la permainan macam roller coster.
Jadi terus cari kaunter toker, nak tukar duit, Walaupun tak tahu nak main apa pun. Pergi pun sorang diri, jadi agak buntu jugak la. Harga token tu pulak ialah RM2 untuk 1 token. Jadi guna RM10, dapat la 5 token. Jadi pergi la mencari permainan yang sesuai untuk bermain. Heheh... Macam kembali pada zaman budak-budak pulak walaupun umur dah 25 tahun. huhu..
Jumpa la satu permainan, yang menarik perhatian dari macam-macam permainan yang ada. Top Gun Discovery....
Top Gun Discovery |
Macam tu la sepanjang benda ni berpusing, pening kepala, tangan aku pulak pegang rapat-rapat dekat seat, rasa takut jatuh pulak kalu tak pegang, walaupun seat belt tu memang dah ketat. Then jantung tu memang tak boleh kata apa apa la. Berdegup sungguh kencang, hanya Allah yang tahu perasaan waktu tu..
Bila dah benda tu dah berhenti, terus keluar dan duduk kat luar . Rasa dah tak nak naik lagi kalau ada benda macam ni. hehe.. Tapi itu la pengalaman, kalau kita tak cuba, macam mana kita nak tahu macam mana perasaan tu kan.. Lepas tu, ada baki 3 token lagi, nak buat apa kan. Nak main permainan lain pun dah tak da minat. Jadi guna token tu untuk main permainan tangkap itik. Habis 3 token, dapat la 1 cawan kecik. Boleh la.. tak bernasib baik. Tengok orang lain, ada yang dapat kereta kawalan jauh, jeles gila rasa. haha...
Then lepas tu, terus pulang. Seronok jugak bila difikirkan kembali.. Itu lah nukilan untuk hari ini.
Then lepas tu, terus pulang. Seronok jugak bila difikirkan kembali.. Itu lah nukilan untuk hari ini.
Jumpa lagi pada masa akan datang.
kat mana fun fair ni
ReplyDelete