Pelaburan bagi masa depan


Asalamualaikum semua..

Pada bulan Disember ni, akhirnya aku membuat keputusan untuk memiliki sebuah komputer baru kegunaan diriku. Ini disebabkan laptop yang aku gunakan sekarang akan aku berikan kepada adikku yang ingin menggunakannya untuk belajar di matrikulasi. Jadi komputer apa yang aku beli kali ini... Keputusannya ialah desktop, ya bukan laptop lagi... Sebabnya, aku perlu menggunakan program seperti Solidwork dan AutoCAD yang mana laptop biasa nya akan mengalami hang apabila aku membuka program ni. Tujuan nya, aku hendak gunakan untuk mengasah skill aku dalam designing 2D dan 3D. Ini sajalah skill yang aku mahir, dan aku harapkan skill ini yang akan membezakan aku dengan pemegang ijazah lain apabila memohon kerja.


Selepas mengkaji mengenai komputer yang aku ingin beli, akhirnya aku memilih jenama ASUS, kerana keupayaannya dan cukup dengan budget aku.


Dan aku amat berpuas hati dengan prestasi komputer ini... Aku harapkan pelaburan yang aku terjemahkan melalui pembelian komputer ini akan membuahkan hasil.


Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah