Posts

Showing posts from March, 2015

Malam sebelum GST dilaksanakan

Image
Pada malam Selasa, sehari sebelum GST dikenakan, sempat la singgah ke beberapa pasaraya, tujuan nya nak beli beberapa barang seperti minyak wangi dan sabun mandi. Bila sampai je, memang tak sangka, memang ramai orang. Bila tengok barang yang diorang beli, macam lawak pun ada, beli pencuci pinggan berpuluh-puluh pek, telur ayam 2-3 papan, minyak masak 2-3 botol, beras 2-3 kampit. Macam negara ni akan berdepan darurat lak. Ini baru GST kan. hehe. Rasanya kebanyakkan orang ni buat pembelian panik sebelum GST dilaksanakan. Semua orang takut GST kan. Keratan akhar mengenai pembelian panik di pasaraya pasaraya yang sempat singgah, ialah Billion dan Tesco Utara, Tapi tak beli apa apa, since tengok orang punya la ramai dan line beratur punya la panjang. Macam biasa, harga pasti meningkat selepas GST dikenakan, tapi nak wat macam mana, kena la terima dah kerajaan yang laksanakan. Gambar sekitar Pasaraya Billion Gambar sekitar Tesco Utara Sg Petani. ...

Nasi Ayam Ketagih di Pusat Makanan Ria - Terbaik

Image
Waktu tengahari ni nak cuba benda baru. Jadi pergi dekat Pusat Makanan Ria, jumpa la gerai nasi ayam ketagih ni. Nasi ayam ketagih ni dah lama teringin nak cuba cuma tak berkesempatan. Ia adalah nasi kukus yang dihidangkankan bersama ayam panggang dan sup ayam. Apa yang saya boleh nyatakan disini, ia adalah nasi ayam yang terbaik pernah saya makan. Kalau nak dibandingkan dengan nasi ayam yang dijual di tepi jalan, memang tak setanding dengan rasa nasi ayam ini. Ayam yang sedang menunggu pembeli Kekuatannya adalah nasi yang dimasak sempurna dan rasa sedikit berminyak, ditambah dengan ayam yang dipanggang tidak terlalu kering dan rasa yang sedikit manis. Kalau saya round area sungai petani, kalu order nasi ayam ditempat lain selalunya ayam panggang tu kering dan agak keras. Tapi ayam disni lembut sesuai dengan citarasa saya.  Banyak kan ayam pangang yang digantung disini, rasanya dalam sehari boleh dapat lebih 60 orang ni. satu set hidangan yang berharga RM 4.80 ...

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Image
Pada hari sabtu yang lepas, berkesempatan singgah sekejap di Jeti Semeling. Kawasan ini telah dibangunkan untuk menjadi tempat pelancongan baru di Kedah. Memang cantik pemandangan kat sini dengan dilengkapi bagunan yang baru dan futuristik. Bot-bot yang akan membawa pelancong menyusuri Sungai Merbok turut diletakkan di jeti ini.  Kalau diikutkan perancangan asal yang diwar-warkan sebelum ini, sepatutnya jeti yang siap ini akan dijadikan pusat perhentian untuk mengambil penumpang untuk ke Pulau Langkawi, namun disebabkan beberapa masalah antaranya sungai yang tidak dalam dan pukat yang banyak disini projek ini telah dibatalkan dan digantikan dengan kompleks pelancongan. Kos keseluruhan projek yang penulis tahu adalah kira-kira 17 juta, tapi syukur jugaklah, projek ini siap juga pada tahun lepas. Cuma bahagian restoran di jeti ini, masih belum ada penyewa lagi dan masih kosong. Kedai-kedai pun belum lagi beroperasi. Pegunjung yang tiba disini, boleh menaiki bot "Sungai ...

Review Movie Cicak Man 3

Image
Sempat juga, untuk menonton Cicak Man pada hari Khamis lepas. Sanggup amik cuti dari kerja kot sebab nak tengok filem ni. Sebab tayangan hanya ada waktu petang, jadi memang tak sempat la kalu nak tengok lepas bekerja. Dah round kat cinema lain, tapi hanya GSC je yang tayangkan, jadi itulah saja caranya. Harga tiket pun murah je, dalam RM8.00, tayangan pada pukul 2.15 petang.  Pada mulanya, tak pula ada pula nak tengok filem ni, tapi bila baca berita filem ni dah dapat kutipan box office berjuta-juta, tiba-tiba terus minat nak tengok. Ye la, bukan selalu filem melayu dapat kutipan box office, jadi yakin cerita ni mesti best. hehe... Dalam pawagam tak la ramai orang, mungkin sebab waktu 2 petang, sape nak datang kan. Lagi pun, tayangan filem ni sejak 12 March lagi, sekarang dah 26 March, mesti orang dah ramai tengok cerita ni.  Cerita ni mengisahkan "Zizan" yang kempunan nak jadi superhero, tapi ada masalah kekeluargaan. Dalam proses penceraian dengan i...

Selamat Hari Lahir Ibuku

Image
Untukmu ibu, Selamat Hari Lahir. Semoga dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan dikurniakan umur yang panjang. Terima kasih ibu atas segala penat lelah menjaga kami sejak kecil hinggalah dewasa. Terima kasih ibu kerana memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Terima kasih ibu kerana memberi kan semangat pada waktu kami sedih. Terima kasih ibu kerana selalu menemani kami dkala kami berduka atau gembira. Terima kasih ibu kerana sentiasa mendoakan kami Terima kasih ibu atas segala-galanya yang telah engkau lakukan. Terima kasih ibu......

Burger King Perfume.... Minyak wangi bau burger...

Image
Asalamualaikum semua... Burger King akan mengeluarkan minyak wangi sendiri iaitu Flammed Grilled Fragrance iaitu haruman berasaskan bau Whopper burger. Limited edition tau. Tak sangka kan..Burger King sendiri buat minyak wangi.. Yang tak boleh tahan, bau burger.. ada ke orang nak beli..hehe....  Minyak wangi ini akan dijual di Jepun sahaja, dan hanya pada 1st April 2015. Tak pasti sama ada April fool atau pun betul-betul. Kita nantikan hari penjualannya.. Update. Perfume yang burger king keluarkan tu memang dijual dan hanya pada 1 April sahaja.