Malam sebelum GST dilaksanakan

Pada malam Selasa, sehari sebelum GST dikenakan, sempat la singgah ke beberapa pasaraya, tujuan nya nak beli beberapa barang seperti minyak wangi dan sabun mandi. Bila sampai je, memang tak sangka, memang ramai orang. Bila tengok barang yang diorang beli, macam lawak pun ada, beli pencuci pinggan berpuluh-puluh pek, telur ayam 2-3 papan, minyak masak 2-3 botol, beras 2-3 kampit. Macam negara ni akan berdepan darurat lak. Ini baru GST kan. hehe. Rasanya kebanyakkan orang ni buat pembelian panik sebelum GST dilaksanakan. Semua orang takut GST kan.

Keratan akhar mengenai pembelian panik di pasaraya

pasaraya yang sempat singgah, ialah Billion dan Tesco Utara, Tapi tak beli apa apa, since tengok orang punya la ramai dan line beratur punya la panjang. Macam biasa, harga pasti meningkat selepas GST dikenakan, tapi nak wat macam mana, kena la terima dah kerajaan yang laksanakan.

Gambar sekitar Pasaraya Billion





Gambar sekitar Tesco Utara Sg Petani.





Bagi aku, setelah GST dikenakan pada semua barang dan perkhidmatan, di harap bayaran di Tol turun atau cukai eksais yang dikenakan pada kereta tempatan dikurangkan sebanyak mungkin ataupun dihapuskan. Ye la, dekat sabah sarawak, lebuhraya Pan Borneo yang merentasi Sabah ke Sarawak tiada tol pun, dan sebab ada cukai eksais ni la, harga kereta nasional masih lagi mahal, kalau tak murah je. Kalau pada orang kurang upaya boleh diberikan 100% pengecualian cukai, bila lagi kepada orang ramai. 

Fakta yang berlaku di Malaysia..

Keratan akhbar : Kerajaan jamin tiada tol di lebuhraya Pan-Borneo

Pengecualian cukai eksais untuk gologan kurang upaya ( sumber http://jkmpetaling.blogspot.com/ )
Di akhir penulisan ini, diharapkan GST yang dilaksanakan oleh kerajaan akan memberi "manfaat" kepada penduduk Malaysia, dan bukan sebab nak kutip cukai sebanyak mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Pos Laju hantar barang ke orang yang salah ( Delivered but not received )