Review Movie Cicak Man 3


Sempat juga, untuk menonton Cicak Man pada hari Khamis lepas. Sanggup amik cuti dari kerja kot sebab nak tengok filem ni. Sebab tayangan hanya ada waktu petang, jadi memang tak sempat la kalu nak tengok lepas bekerja. Dah round kat cinema lain, tapi hanya GSC je yang tayangkan, jadi itulah saja caranya. Harga tiket pun murah je, dalam RM8.00, tayangan pada pukul 2.15 petang. 

Pada mulanya, tak pula ada pula nak tengok filem ni, tapi bila baca berita filem ni dah dapat kutipan box office berjuta-juta, tiba-tiba terus minat nak tengok. Ye la, bukan selalu filem melayu dapat kutipan box office, jadi yakin cerita ni mesti best. hehe...

Dalam pawagam tak la ramai orang, mungkin sebab waktu 2 petang, sape nak datang kan. Lagi pun, tayangan filem ni sejak 12 March lagi, sekarang dah 26 March, mesti orang dah ramai tengok cerita ni. 



Cerita ni mengisahkan "Zizan" yang kempunan nak jadi superhero, tapi ada masalah kekeluargaan. Dalam proses penceraian dengan isteri dia. Dengan kerja yang tak de, hidup dia makin sukar apabila kawan dia duduk sekali dengan rumah dia bertahun-tahun tanpa ada perasaan nak pindah. Masa tu, CicakMan lakonan Apek sudah pun bersara, jadi tiada superhero yang menjaga Metrofulus. Namun, SuperBro muncul untuk menyelamatkan keadaan. Tapi superbro ni pun ada motif sebab apa dia buat macam tu, kira bukan ikhlas la nak membantu. Bila Zizan berjalan depan tugu CicakMan, tiba-tiba terjumpa kotak yang Apek tinggalkan disini. Dalam kotak tu, terdapat baju CicakMan saiz Apek, dan serum untuk menjadi CicakMan. Jadi bermula lah pengembaraan CicakMan lakonan Zizan untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai terhadap CicakMan. Bermula dari Zizan cuba mencari kuasa cicak, mereka sut baru CicakMan,  siri letupan semasa menumpaskan penjenayah dan pergaduhan antara CicakMan dan SuperBro.

Jadi apa kesudahannya.. Kena la tengok sendiri ye. Hehe. Cerita ni diselitkan dengan unsur kekeluargaan, komedi, aksi dan sedih. Tapi memang puas hati pada sesiapa yang tengok filem ni. Tak sabar nak tengok sekuel kalu ada ..

Sneak peek

Dalam kesedihan semasa dalam proces penceraian dan tiada pekerjaan.
CicakMan semasa sedang mempelajari menggunakan kuasa CicakMan.

Jangan lupa tengok ye, lagi pun bukan selalu ada cerita Malaysia berkaitan superhero ni. Tak kisahlah cicak ke, asalkan superhero kan.. Ok...Semoga berjumpa lagi..


Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah