Posts

Showing posts from March, 2019

Day Trip Singapore - Kenali Singapura dalam 24 jam

Image
Kali ini, diberi kesempatan untuk mengikuti pakej pelancongan ke Singapura bersama isteri. Yang lebih bermakna, perjalanan ini adalah pada ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulilah, diberikan ketenangan dan kebahagian dalam mengharungi perjalanan hidup suami isteri. Dinamakan day trip kerana hanya satu hari berada di Singapore sebelum berangkat pulang. Agak banyak tempat menarik yang dilawati sepanjang disana, yang mana memberi dimensi baru mengenai kehidupan dan budaya masyarakat di Singapura. Bas Persiaran untuk day trip Program day trip ini dianjurkan oleh Ayden Averroues Travel ( Pakej Pulau Mura h ) – Menaiki bas persiaran dari KL Sentral pada pukul 10.30 malam Jumaat. Walaupun dalam sehari, ia sudah cukup bagi mengenali tempat-tempat menarik yang berada disana. Keluasan singapura tidaklah sebesar Melaka, namun sistem pengangkutan yang maju menyebabkan kenderaan seperti kereta kurang dijalan. Kebanyakkan jalan adalah lancar dan kurang jem. Setiap perj...