Romantika, Plaza Bangi Perdana
Romantika, siapa yang tidak kenal dengan kedai dekorasi ini. Terdapat banyak disekitar lembah klang dan agak popular dikalangan suri rumah. Cuma kali ini, ia telah dibuka di Plaza Bangi Perdana (Besebelahan Bangi Gateway) dan bersambung dengan Hotel Gateway Perdana. Jadi ditempat baru, agak kurang pelanggan disini, namun barang yang dipamerkan adalah lebih banyak dengan design yang baru. Semasa ingin masuk dikedai tingkat dua, penulis tertarik dengan hiasan pokok tiruan ini. Ia umpama pokok sebenar dengan ketinggian 1- 2 meter. Harga yang ditawarkan adalah sekitar rm50-rm200 lebih, dengan mengikut jenis pokok yang ada. Terdapat banyak jugak hiasan pokok orkid yang telah menjadi hiasan setiap rumah, harga pun memang sangat berpatutan. Jika kita angarkan , harga sebatang bunga orkid tiruan dalam RM15. Jika ada 4 sudah RM60, tidak termasuk pasu dan hiasan daun lagi. Jadi jika harga yang diletakkan dalam RM 100 sebegitu kira sangat berpatutan berbanding DIY sendiri yang pa...