Romantika, Plaza Bangi Perdana


Romantika, siapa yang tidak kenal dengan kedai dekorasi ini. Terdapat banyak disekitar lembah klang dan agak popular dikalangan suri rumah. Cuma kali ini, ia telah dibuka di Plaza Bangi Perdana (Besebelahan Bangi Gateway)  dan bersambung dengan Hotel Gateway Perdana.  Jadi ditempat baru, agak kurang pelanggan disini, namun barang yang dipamerkan adalah lebih banyak dengan design yang baru.

Semasa ingin masuk dikedai tingkat dua, penulis tertarik dengan hiasan pokok tiruan ini. Ia umpama pokok sebenar dengan ketinggian 1- 2 meter. Harga yang ditawarkan adalah sekitar rm50-rm200 lebih, dengan mengikut jenis pokok yang ada. Terdapat banyak jugak hiasan pokok orkid yang telah menjadi hiasan setiap rumah, harga pun memang sangat berpatutan. Jika kita angarkan , harga sebatang bunga orkid tiruan dalam RM15. Jika ada 4 sudah RM60, tidak termasuk pasu dan hiasan daun lagi. Jadi jika harga yang diletakkan dalam RM 100 sebegitu kira sangat berpatutan berbanding DIY sendiri yang pastinya memakan kos yang lebih tinggi.


Antara tempat untuk mencari perhiasan rumah, rasanya disinilah tempat pilihan. Terdapat banyak pilihan dari dekorasi pokok hiasan, karpet, poster, dan frame. Lokasinya adalah ditingkat dua bagunan berdekatan dengan Thinker Table. Setelah beberapa kali berjalan, rasanya wallpaper ini yang menjadi pilihan.


Terdapat beberapa pokok hiasan yang sangat berpatutan. Antara pilihan terbaik untuk menyegarkan rumah anda.







Dah selesai beli wallpaper yang diingini, cuma terpandang bunga hiasan orkid ini. Cantik sekali, harga pun dalam RM1++ sahaja. Jangan lupa singgah ke sini. 


Semoga berjumpa lagi. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah