Meriahnya Karnival Putarjaya 2019


Dikala waktu cuti hujung minggu, terdapat bebarapa acara menarik yang diadakan Putrajaya. Antara yang menarik kali ini adalah Karnival Putrajaya yang diadakan selama 3 hari dari 4 hingga 6 OCtober 2019. Terdapat beberapa kementerian, booth2 terbuka dan acara-acara untuk pengunjung disini. Pastilah tarikan utama adalah pameran terbuka aset-aset ketenteraan disini. Disamping mengeratkan silatruhim dikalangan penduduk Putrajaya dan sekitarnya, ia turut menjadi satu wadah untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan bagi setiap kementerian disini. 

Peta Zon Karnival




Bazar Usahawan Putrajaya

Terdapat Bazar Usahawan Putrajaya yang menjadi tarikan disini, antara yang sempat dikunjungi adalah booth menjual  pakaian seperti Booth Fashionita TTDI dan Jumiah Monel. Harga yang ditawarkan untuk baju muslimah adalah agak murah dengan kualiti yang diberikan. Cuma mungkin susunan booth yang menyebabkan kurangnya pengunjung disini. Terdapat jugak booth makanan yang menjual Teh Tarik Viral, Rayyan Bakery, Aiskrim Abgnim, Orkid, Bunga-bunga dan beberapa booth usahwan kecil-kecilan. 
Rasanya, Aiskrim Abgnim yang menjadi perhatian, kerana terdapat banyak kanak-kanak berhenti disini untuk membeli. Selain itu, terdapat pakej untuk kenduri-kendara bagi yang berminat. Sempat melihat ke Facebook Abgim untuk mengetahui asal-usul aiskrim ini.  

Booth Fashionita TTDI dan Jumiah Monel

Aiskrim Abgim
Blueprint Masyarakat Sejahtera Putrajaya

Didalam booth pula, sempat jugak meluangkan masa untuk memahami Blueprint Masyarakat Sejahtera Putrajaya melalui phamplet dan booth disini. Cuma ia lebih banyak kepada teori dan falsafah tanpa penekanan kepada tindakan yang dilakukan. Berbeza dengan blueprint yang  pernah dibaca untuk Pembagunan Sungai Petani sebelum ini. Mungkin, blueprint ini masih lagi dalam fasa permulaan tanpa input-input yang cukup. 

Green Guardian untuk Kanak-kanak




Pameran Angkatan Tentera Malaysia

Terdapat beberapa zone disini yang mempunyai tarikan berbeza. Pameran Angkatan Tentera Malaysia adalah yang menjadi perhatian disini. Aset-aset tentera dipamerkan untuk pengunjung dan terdapat jugak risalah untuk bacaan. Bila tiba disini, tersedar seketika, betapa berjasanya para pihak tentera yang menjaga keamanan di sempadan, darat, udara dan laut. Dari segi keupayaan aset yang dipamerkan, mengambarkan betapa tingginya pelaburan untuk keamanan ini. Semuanya demi memastikan tiada anasir-anasir yang dapat mengugat keamaanan negara ini. Pameran ini, memang membuka mata para pengunjung mengenai pasukan Tentera di Malaysia. Disini, dapat pegang senjata senapang patah pun dah rasa bertuah. Terdapat jugak beberapa senjata yang lain, seperti dibawah.



Ops Daulat. Ia adalah operasi bersama PDRM (Polis Diraja Malaysia ) dan Tentera Diraja Malaysia untuk mengusir dan menewaskan pengganas bersenjata. Ramai yang tidak mengetahui peranan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat ini. Anggota tentera sanggup berkorban demi negara dan agama meskipun nyawa sendiri menjadi pertaruhan dimedan tempur. Dalam Ops Daulat ini, terdapat kematian dalam kalangan anggota keselamtan negara. Apa yang pasukan keselamatan lakukan sekarang adalah untuk menjamin keamanan ini dapat dinikmati pada generasi akan datang.  Telah banyak yag dibaca mengenai operasi ini, cuma disini, ia disimpulkan dengan lebih mudah untuk difahami.

 Antara pameran tentera disini. terdapat jugak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)  dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).Cuma miniture pesawat dan kapal dipamerkan disini. Mungkin jika ingin melihat dengan lebih dekat boleh kunjungi Muzim Tentera di Port Dickson. 








Booth jualan pula memang dikerumi ramai orang. Ia seperti pisang goreng panas, kerana pengunjung beratur untuk membeli makanan pada waktu tengah hari. Antara yang menjadi tumpuan adalah gerai yang menjual air ais blended/coffe/jus dan nasi campur. Bagi makanan bergoreng seperti keropok lekor, nugget, etc, agak berkurangan berbanding nasi campur. Mungkin kerana banyak yang datang berkeluarga, jadi nasi campur adalah pilihan utama disini. 


Putrajaya Animal Lover Fiesta 2019

Seperti pergi ke Zoo, terdapat banyak haiwan yang menjadi tarikan disini. Antaranya ikan semilai dan kucing. Bukan saja boleh dilihat, pengunjung jugak boleh menyentuh dan membeli haiwan yang dipamerkan disini ( Kucing, Arnab, etc). 







 Karnival Putrajaya ini memang mencapat objektifnya. Diharapkan ia menjadi program tahunan agar ia dapat terus mengeratkan silaturahim dikalangan penduduk disini. Cuma diharapkan, lebih banyak unit-unit beruniform dapat mempamerkan aset-aset mereka supaya menjadi wadah pengetahuan untuk para penduduk disini, seperti BOMBA dan POLIS. Selain itu, booth-booth usahawan haruslah di susun secara menghadap satu sama lain , kerana ia agak merugikan peniaga kerana para pengunjung hanya akan banyak tertumpu dikawasan laluan yang berdekatan parking, jadi ia memberi ketidakseimbangan persaingan kepada para peniaga. 



Terima kasih kerana membaca. Berjumpa lagi pada masa akan datang. 

Comments

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Syarat-syarat menyertai INSEP