Bundle Terbesar di Sg Petani : Big Boss Bundle
Semasa dalam perjalanan ke utara, sempat singgah sebentar di salah sebuah kedai bundle yang terbesar di daerah Sungai Petani. Ia dikenali sebgai Big Bos Bundle. Lokasinya terletak di sebelah kedai Romantika. Asalnya, tapak kedai ini adalah gelanggang futsal, namum mungkin sambutan yang makin kurang, maka ia telah ditutup dan diganti dengan Kedai Bundle ini.
Setibanya disini, terkejut dengan baju bundle yang ditawarkan. Terlalu banyak pilihan dan baju, seluar jeans, seluar track sehinggalah jaket/baju sejut, selimut. Terdapat pakaian untuk lelaki dan perempuan. Harga yang ditawarkan adalah 3 helai untuk RM10.
Target kali ini adalah mendapatkan selimut dari Jepun/Korea dengan jahitan cotton. Terdapat banyak piliha, dari sempat grab 2 selimut untuk kegunaan harian. Bezanya selimut ini adalah size yang besar dan ia mempunyai rongga udara yang merangkap udara panas semasa tidur. Jika beli dipasaraya, kebanyakkan size adalah lebih kecil dan terlalu keras untuk dibuat tidur.
Buat pengunjung, digalakkan untuk singgah diwaktu pagi kerana keadaan yang tidak terlalu panas. Kedai adalah beratapkan zink, jadi mungkin agak panas pada waktu tengah hari. Dengan pilihan yang banyak, pasti ada yang menarik perhatian anda.
Kedai buka jm brpa time convid ni?
ReplyDeleteAda jual baju retro untuk perempuan tak?
ReplyDelete