Covid 19 Vaksin telah ada
Setelah setahun, akhirnya vaksin yang akan menjadi pencegah pandemic ini telah tiba.
Terdapat banyak institut yang cuba menghasilkan vaksin, dan hanya syarikat diatas yang berjaya dalam mempercepatkan proses pengeluaran vaksin ini. Kita kena sedia maklum proses pembuatan vaksin selalunya mengambil masa kira-kira 2-3 tahun sebelum ia diuji betul-betul selamat. Disebabkan ia dianggap kecemasan untuk negara, maka penggunaannya telah diluluskan di United Kingdom (UK).
Malaysia jugak telah bersedia untuk menerima vaksin pertama pada awal tahun 2021. Dimana, waktu penerimaan vaksin bergantung kepada pengeluaran syarikat vaksin pfizer. Percubaan ke atas warga Malaysia akan dijalankan dengan kawalan KKM.
Pada masa yang sama, US turut akan memberi penvaksinan secara menyeluruh pada beberapa hari lagi. Ia baru sahaja diluluskan oleh FDA, sebagai vaksin kecemasan untuk membendung pandemic ini dari terus merebak.
Diharap pamdemik.yang berlarutan sejak tahun 2020, akan dapat dikawal dan dilenyapkan pada beberapa tahun lagi.
Namun begitu, pandemic ini masih lagi membimbangkan. Jika kita lihat statistik harian di Malaysia, anggaran adalah antara 1,000 kes ke atas pada setiap hari. Ditambah dengan kebenaran rentas negeri dari zon merah membuatkan kes dijangka meningkat dalam masa beberapa hari ini. Kebanyakkan rakyat malaysia mula kembali ziarah ke kampung, bertemu ibu bapa dan sanak saudara membuatkan lebuhraya kembali sesak dengan peningkatan trafik.
Cuma diharapkan, pengamalan SOP kendiri dilakukan walaupun anda merasakan tidak perlu pada keluarga terdekat.
Sebagai contoh, Pusat Kesihatan Hulu Langat telah mendirikan beberapa banner tentang zon merah disekitar bandar agar memberi kesedaran tentang bahaya Covid ini. Kita sedia maklum kawasan kajang masih mempunyai kes jangkitan yang tinggi, maka diharapkan semua orang berhati hati.
Comments
Post a Comment