Sudah Setahun Covid-19 Melanda

Sudah setahun Covid bermula dan merebak ke seluruh dunia. Masih teringat lagi pada bulan March, pada waktu negara mengalami ketidakstabilan politik, tiba tiba kita dikejutkan dengan lock down, yang mana semua industri ekonomi ditutup. Kilang tempat dimana aku mencari rezeki  bekerja turut ditutup sementara untuk memgelakkan merebaknya penyakit berjangkit ini. 

Banyak industri perniagaan yang ditutup dan ia menyebabkan domino effect kepada peniaga yang kecil hingalah yang besar. Industri yang sangat terkesan adalah industri berkaitan pelancongan dan perhotelan. 
Pada waktu itu, banyak maklumat mengenai covid ini aku perolehi dari internet dan radio. Tiada TV yang dapat ditonton kerana bagi aku tiada keperluan membelanjakan duit untuk membeli ia. Jarang sekali aku menonton television kecuali apabila pulang ke kampung halaman di Kedah ataupun rumah di Melaka. Dari situlah aku mengetahui bagaimana ia merebak dan cara mencegahnya. Teringat lagi aku pada waktu itu negara dilockdown, masuk ke kereta pun aku turut memakai mask kerana aku sendiri tidak tahu apa tu Covid. Yang aku tahu, ia mudah merebak. Duit , plastik pun turut dijemur dan disembur menggunakan sanitizer. Baju pula sentiasa dibasuh apabila keluar dan tiada lagi pergerakan keluar dari rumah kecuali apabila ingin membeli barang. Untuk membeli barang pun, boleh dikatakan norma baharu untuk beratur panjang sebelum masuk ke kedai.
Kini dah setahun, virus ini masih lagi merebak, dan terus merebak. Ia susah dikawal kerana ia mudah merebak melalui titisan air (droplet) hidung atau mulut. Ubat yang specifik untuk melawan virus ini belum lagi ditemui, dan sekiranya kita dijangkiti, maka ia memerlukan anti-bodi kita sendiri untuk melawan penyakit ini. Dengan kesedaran untuk menghentikan virus ini, banyak syarikat farmaseutikal berlumba untuk mengeluarkan vaksin yang selamat digunakan. Ini dibuat supaya kelompok imuniti boleh dibentuk dan menghalang virus ini menjangkiti kelompok yang tidak divaksin. 

Walaupun ia masih berkembang, namun aku bersyukur, dimana pada waktu ini, negara kita masih lagi berjaya mengawal nya. Hospital dan klinik masih lagi menerima dan merawat pesakit pesakit covid tanpa ada halangan. Selain itu, norma sop baharu pun turut diikuti. Ia membentuk displin kepada setiap orang untuk memastikan virus ini terkawal.

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah