Tersenyum dengan guard kilang
Bagi sesetengah orang, mendapat panggilan interview adalah satu perkara yang mengembirakan. Ini kerana kita telah satu langkah untuk mendapat pekerjaan. Interview selalunya bertujuan untuk mengenali individu itu dengan lebih dekat dan melihat sekiranya seseorang itu berkebolehan untuk mengalas tanggungjawab yang akan diberikan. Jadi apabila aku, mendapat panggilan untuk interview, aku akan persiapkan diriku dengan maklumat company, job description dan dokumen-dokumen yang diperlukan. Latihan rehearsal akan dilakukan beberapa kali untuk memastikan kelancaran semasa bercakap. Namun, kali ini, first time aku kecewa dengan interview kerja yang dilakukan. Walaupun aku telah menghadiri beberapa interview sebelum ini, kebanyakkan berjalan lancar, cuma bukan rezeki ku untuk bekerja disana. Tapi kali ini, dengan persiapan yang telah dilakukan, cover letter dan resume yang dikarang dengan baik sekali, aku terkelu apabila interview dijalankan. Segalanya bermula dengan lancar, dengan resu...