Belajar mengambil gambar dlm Kursus Fotografi



Semasa sedang melayari internet, tiba-tiba tersedar apabila melihatkan kursus Kolej Komuniti telah keluar. Jadi, terus melihat kursus-kursus yang berminat. Tak sangka, salah satu kursus yang telah lama dicari sebelum ini terdapat di Kolej Komuniti Sg Petani. Apa lagi, terus pergi mendaftar untuk kursus tersebut. Yuran tidak perlu dibayar lagi, cuma hanya menulis nama dan no phone dan pihak kolej komuniti akan menelefon kembali sekiranya kursus tersebut akan diadakan.

Selalunya, kursus di Kolej Komuniti akan dijalankan apabila terdapat bilangan minimum peserta yang diperlukan. Sebagai contoh, kursus boleh dibatalkan apabila bilangan peserta  kurang dari 20 orang, dan apa pun, ia mengikut budi bicara pihak kolej komuniti sendiri.

Kali ini, kursus fotografi dijalankan, dengan kehadiran peserta kira-kira 14 orang, yang mana kelas bermula pada pukul 9 pagi. Yuran dikenakan sebanyak RM20.  Setiap peserta perlu membawa camera dslr sendiri untuk mempelajari teknik mengambil gambar yang sempurna. Didalam kelas diterangkan teori mengambil gambar untuk group, perseorangan, perkawinan, model, haiwan dan panorama. Setiap teknik adalah berbeza dan penggunaan apenture, flash, timing, adalah memainkan peranan penting untuk memastikan gambar yang diambil hidup dan istimewa. Semasa itu, penulis tak sangka banyak teknik mengambil gambar, dan kebanyakkannya adalah mudah dipelajari... Kreativiti adalah perkara paling penting apabila mengambil gambar.

Camera DSLR yang digunakan

Pengajar kali ini adalah seorang guru sekolah rendah yang memang meminati dunia fotografi. Belia telah terlibat dalam fotografi secara komersial lebih 10 tahun, dan mempunyai banyak pelanggan untuk majlis-majlis tertentu. Boleh dikatakan, dunia fotografi ni sesuai untuk seseorang yang berjiwa seni........ hm.... Apa pun, kelas yang diajarkan memang betul-betul bermafaat dan memberi keyakinan kepada peserta untuk mengambil gambar tanpa segan dan malu. Teknik-teknik yang diajarkan adalah sempurna apabila aktiviti praktikal dijalankan. Jadi kami beramai-ramai keluar bersama pengajar untuk mengaplikasi kan ilmu dengan mengambil gambar persekitaran.

Boleh dikatakan kelas adalah menarik dengan sesi soal tanya berlarutan hingga waktu tengah hari. Tak sangka, pengajar yang kolej komunit carikan antara yang terbaik. Antara contoh gambar yang penulis ambil, konsepnya adalah "arah aliran" yang menuju ke patung. Salah satu teknik yang banyak digunakan di jalan raya dan dalam gambar perkawinan. Terdapat banyak teknik lagi, dan setiap teknik memerlukan penggunaan setting manual yang berbeza, untuk memastikan gambar tersebut istimewa. Teknik mengambil gambar beberapa kali digalakkan oleh pengajar untuk membiasakan dengan subject, object dan background.

 Gambar amateur seperti dibawah.. hehe.. Setting pun pakai tekan je..... huhu



Kursus ini memang sangat bermafaat dan memberi satu dimensi baru pada penulis untuk mengambil gambar secara sempurna. Sebelum ini, hanya agak-agak apabila mengambil gambar, tapi kali ini, berdasarkan teknik yang diajar, telah menambah kan lagi kemahiran yang sedia ada.. Apa pun, seperti pesan pengajar kepada peserta adalah :

Practice make perfect, Try, try and try until you satisfied

Seperti biasa, selepas habis kursus, setiap peserta diberikan sijil penyertaan. Semoga kursus seperti ini akan dijalankan lagi pada masa depan.....


Semoga berjumpa lagi..... 

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah