Menuju ke Tupah Sg Petani ( March 2016 )


Terkenang kenangan semasa pada waktu kecil, dimana sentiasa ke Tupah untuk mandi manda. Tempat favorite untuk berkelah dan bermain pada waktu itu. Kawasan ini jugak yang paling dekat dengan untuk bermandi manda air bukit di Sungai Petani.

Jadi, disebabkan kenangan lama dan cuaca yang agak panas, berangkat la ke Tupah untuk mandi manda. Sudah kira-kira 3 tahun tidak kesini kerana kesibukan kerja sebelum ini. Jadi tanpa apa-apa halangan, bertolak pada pukul waktu pagi lagi dan tiba pada waktu tengah hari yang agak panas.

Bila dah masuk ke kawasan tupah, redup je disini dan rasa nyaman udara yang sejuk disekeliling. Tapi melihatkan kawasa n sekitar, sunyi dari orang ramai, kurang kereta yang melalui kawasan ini, dan tidak kelihatan mana-mana pengunjung berkelah dimana-mana. Tapi jalan ke sini lebih baik dari sebelum ini, kerana tiada lopak seperti dahulu. Pokok-pokok disini pun terjaga tanpa ada kesan pembalakan.


Singah sebentar pada pit stop pertama, kawasan yang menempatkan surau, kedai makan dan tempat parking yang luas. Kelihatan segelintir pengunjung berkelah disini bersama keluarga, dan ada yang menangkap ikan-ikan kecil. Tapi kawasan ini, seperti kekosongan, tanpa ada kedai yang beroperasi, dan bunyi riuh rendah kanak2. Hanya bunyi kicauan birung kedengaran. Melihatkan air yang mengalir, memang agak terkejut, nampak perbezaan berbanding 3-5 tahun yang lepas. Cuba lihat gambar dibawah, anda akan sedar betapa kurangnya air disini. Mungkin kerana cuaca panas pada waktu ini. Keadaan sekitar adalah bersih dan terjaga, namun air adalah sangat kurang.


Berjalan sekitar aliran sungai menumukan dengan kawasan air yang kehijauan. Air ini kelihatan hijau kerana terdapat lumut/alga yang tumbuh di kawasan air yang mengalir perlahan. Ditambah dengan cuaca panas yang terik, kelihatan air kehijauan. Tidak pasti, siapa yang ingin mandi di kawasan air yang bertakung ini.




Kemudian, mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke atas lagi, untuk melihat sebab-sebab air kekeringan di bawah. Bila tiba disini, barulah sedar, sebab kurangnya air. Empangan tupah pun tiada air yang mengalir. Air celahan bukit yang mengalirkan ke hulu bukanlah dari empangan seperti sebelum ini.


Mirror image empangan tupah
Close up ke arah empangan menunjukkan air telah kekeringan, dan kelihatan tanah dan rumput telah tumbuh didalam kawasan takungan empangan ini. Melihatkan rumput yang tumbuh, boleh dianggarkan kawasan ini telah ketiadaan air pada waktu yang lama. Terkenang balik pada zaman semaktu kanak-kanak, empangan ini memang penuh dengan air, dan terdapat ikan2 sekitar kawasan ini, namun kini, semuannya telah menjadi memori. Tupah bukan lah tempat untuk mandi manda, sekiranya melihatkan kawasan seperti ini. 


Namun, masih terdapat pengunjung yang mengunjungi kawasan ini, bukan untuk mandi manda, tetapi untuk mengambil air mineral dari telaga tiub yang terdapat disini. Boleh dikatakan, kebanyakkan pengunjung singgah ke Tupah hanya untuk mengambil air ini.

Tempat mengambil air mineral
Walaupun begitu, kenangan semasa kecil masih lagi mengamit memori, walaupun Tupah tidak lagi seperti dahulu, penuh dengan orang ramai, dan aliran air yang deras, namun ia masih menjadi tumpuan kepada sesiapa yang ingin merasa air mineral. Jadi jangan lupa singgah kesini dengan botol air yang besar, untuk menikmati air kurniaan Tuhan ini. Walaupun penulis tidak berkesempatan untuk mandi, namun minum air disini telah menghilangkan rasa penat lelah dan dahaga.

Semoga berjumpa lagi..

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah