Tersenyum dengan guard kilang



Bagi sesetengah orang, mendapat panggilan interview adalah satu perkara yang mengembirakan. Ini kerana kita telah satu langkah untuk mendapat pekerjaan. Interview selalunya bertujuan untuk mengenali individu itu dengan lebih dekat dan melihat sekiranya seseorang itu berkebolehan untuk mengalas tanggungjawab yang akan diberikan. Jadi apabila aku, mendapat panggilan untuk interview, aku akan persiapkan diriku dengan maklumat company, job description dan dokumen-dokumen yang diperlukan. Latihan rehearsal akan dilakukan beberapa kali untuk memastikan kelancaran semasa bercakap.

Namun, kali ini, first time aku kecewa dengan interview kerja yang dilakukan. Walaupun aku telah menghadiri beberapa interview sebelum ini, kebanyakkan berjalan lancar, cuma bukan rezeki ku untuk bekerja disana. Tapi kali ini, dengan persiapan yang telah dilakukan, cover letter dan resume yang dikarang dengan baik sekali, aku terkelu apabila interview dijalankan.

Segalanya bermula dengan lancar, dengan resume, kertas permohonan kerja yg telah diisi, dan salinan original sijil-sijil dihulurkan kepada interviewer. Interview mengambil resume, dan minta aku bermula.

Jadi aku bermula dengan sesi memperkenalkan diri, dimana semasa aku menerangkan perihal tentang diriku secara ringkas, tiba-tiba aku diminta berhenti dan menerangkan tentang qualification yang aku ada. Aku terus menerangkan tentang qualification di universiti yang aku perolehi dan expertise dalam bidang-bidang tertentu, dan beberapa kejayaan yang aku perolehi, dan aku kaitkan dengan bidang kerja yang aku lalui dan kaitan kerja yang aku pohon.

Dan sekali lagi, semasa aku sedang menerangkan tiba-tiba, aku diminta menerangkan tentang persekolahan ku pulak. Aku mengikut dan menerangkan zaman persekolahan ku secara ringkas sebelum aku mintak keizinan untuk menerangkan tentang pekerjaan ku sebelum ini, setelah senyap sepi buat seketika selepas aku habis menerangkan tentang sekolahku. Aku sedar bahawa, interviewer ku telah menguap buat beberapa kali sewaktu aku menjawab soalan yang ditanya.

Jadi aku menerangkan kerja latest yang aku lakukan dan tugas-tugas yang aku pegang, tapi aku diminta berhenti meminta menerangkan tentang kerja pertamaku dahulu, kerana ia mengatakan aku memeningkan kepala dengan menerangkan dengan tidak mengikut aturan. Jadi aku mengikut dan menerangkan kembali dengan ringkas kerja ku sebagai technician sebelum ini, dan kerja-kerja yang dilakukan. Lebih kepada membaca kembali helaian resume yang telah aku ingati. Beberapa soalan ditanya , seperti apa maksud ISO, tugasku, sebab berhenti, gaji disini. Seperti biasa aku menjawab dengan apa yang aku ketahu. Jadi aku menerangkan pula tentang kerja latest yang aku lakukan, dan tugas-tugas yang aku lakukan. Soalan ditanya, tetapi lebih kepada apa yang aku lakukan. Jadi aku menjawab seperti mana yang aku tulis dalam resume ku.

Tiba-tiba, apabila interviewer menyelak helaian kedua resume, tersedar bahawa aku tidak menerangkan tentang pengalaman praktikal aku. Aku berhenti dan terus menerangkan praktikal ku, dan dimana aku praktikal, dari tugasku yang aku lakukan sebagai seorang praktikal. Pada masa itu, aku seperti merasakan bahawa interview tidak membaca helain resume ku sebelum ini, walaupun diatas cover letter yang dihantar minggu lepas telah diconteng sesuatu diatasnya.

Kemudian kembali kepada soalan , kenapa aku berhenti dari kerja sebelum ini, dan kira-kira 5 minit aku menerangkan sebab-sebab aku berhenti, walaupun aku melihat interviewer telah menguap beberapa kali didepan aku. Soalan terakhir yang ditanya adalah kelemahan aku ?

Soalan ini aku menjawab dengan agak kurang yakin, kerana aku tidak pernah ditanya soalan ini sebelum ini. Jadi aku cuba menerangkan dan interviewer tidak faham apa yang aku cuba katakan.

Kemudian dia masuk ke bilik nya buat seketika. Setelah kira-kira 3 minit, kembali dan menyuruh aku kembali menerangkan apa yang terhenti semasa ia masuk kebilik. Jadi aku menerangkan secara ringkas sahaja perbualan yang terhenti sebelum ini.

Setelah selesai, barulah perbincangan tentang gaji yang aku pohon, jawatan yang ada pada waktu sekarang dan tarikh melapor diri sekiranya dipanggil bekerja.

Kekecewaan ku bukan dengan soalan yang interviewer tanyakan, tapi lebih kepada sikap ancuh tak ancuh, seperti menguap beberapa kali , beralih kerusi, memperbetulkan suhu air cond 3-4 kali dan yang paling aku kesalkan apabila mengatakan jawatan sebagai production executive tidak ada pada waktu ini. Aku perlu tunggu 2 bulan lagi untuk jawatan ini ada, kerana budget constraint. Jadi sekiranya aku layak dan aku telah dikatakan sebagai 1st priority, aku perlu menunggu lagi 2 bulan untuk mendapat panggilan telefon, kerana tidak pasti bila projek itu akan berjalan.

Kemudian, aku kembali bertanya, sekiranya aku ingin memohon kerja sebagai technician di kilang ini sekiranya tiada jawatan itu. Ini aku mengatakan bahawa aku memerlukan pekerjaan buat masa sekarang, dan aku mengatakan aku mampu bekerja sebagai technician dengan gaji sebagai technician. Jadi sekiranya aku layak, aku boleh dipromote ke jawatan yang aku pohon apabila tempoh menunggu 2 bulan selesai. Namun, jawapan yang diberikan adalah lebih kepada tidak sesuai seorang degree holder memegang jawatan sebagai technician, dan dia tidak boleh menjamin aku akan mendapat kerja sebagai production executive kelak. Selain itu, dia mengatakan bahawa ini adalah company Chinese, jadi dia perlu meyakinkan pada board director sekiranya aku layak memegang jawatan itu.

Pada masa itu, baru aku sedar, interview 1 jam 15 minit ini tiada hasil.  Aku tunduk melihat kertas yang aku catatkan, dan mendiamkan diri sebentar. Aku seperti hilang motivasi, Bila aku mengatakan aku boleh bekerja sebagai technician buat masa sekarang kerana aku perlukan pekerjaan, permohonan ku ditolak, walaupun aku sedar jawatan kosong sebagai technician ada diiklankan di pejabat buruh.

Interviewer sedar dengan apa yang berlaku, dan aku rasakan dia turut tidak menjangka aku aku memohon jawatan technician pada waktu itu. Aku melihat dia seperti tidak pasti untuk menjawab. Kemudian, dia turut mengatakan bahawa dia ingin mencari seorang yang bukan chinesse untuk memegang jawatan production executive ini kerana memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan operator, technician dan supervisor, dimana dia telah menolak permohonan chinese applicant yang ingin bekerja disitu. Dia seperti ingin menegaskan bukan memilih calon kerana bangsa.

Aku hanya berdiam diri, dan mengatakan aku faham apa yang hendak dia katakan. Kemudian, interview kelihatan tamat, dan aku bersalaman dan meninggalkan bilik interview dengan mengucapkan terima kasih. Aku sedar, aku bukanlah calon yang layak untuk jawatan ini, dari jawapan yang aku perolehi. Diluar, aku disapa dengan guard, dan bertanya bagaimana, bila masuk kerja. Aku hanya senyum dan mengatakan mungkin ada panggilan telefon kelak.

Guard itu tersenyum dan aku pun turut tersenyum.....................................

Aku berharap selepas ini, tiada lagi aku lalui interviewer seperti ini.. Sepatutnya, individu yang interviewer kita perlu membaca tentang resume dahulu, sebelum memanggil calon-calon. 

Semoga berjumpa lagi...............

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah