Posts

Mengenal erti kerja harian....

Image
Alhamdulilah, diberi kesempatan untuk menulis terbaru untuk bulan ini. Boleh dikatatakn, tidak sempat untuk membuat post kerana kesibukan dalam mengendalikan urusan harian.  3 bulan sudah berlalu sejak aku memegang jawatan engineer dan bekerja di kilang ini. Memang tidak ku sangka, tugas sebagai engineer memerlukan kretiviti, kesabaran dan kecepatan dalam membuat keputusan. Jika tidak, pasti segala urusan akan tergendala, kerana apabila berlaku sebarang masalah, engineer yang akan dirujuk terlebih dahulu untuk pandangan teknikal. Buat masa ini, agak banyak masalah yang aku hadapi dan telah aku selesaikan. Dari masalah sekecil-kecil contaminated cap jari pada produk yang dihantar sehinggalah product tidak fit dipasang apabila sampai ke customer. Memang semua ini memerlukan tindakan cepat, dimana, testing, rework, application perlu dibuat dengan segera kerana customer menunggu produk yang dikhendaki. Dalam engineering, tiada benda yang sempurna, jadi penyelesaian ...

Quality Engineer .....

Image
Sebenarnya tugas sebagai engineer lebih banyak kepada menyelesaikan masalah . Apabila ada masalah timbul, engineer la yang perlu cuba menyelesaikan berdasarkan pengetahuan yang ada. Disebabkan itulah, apabila seseorang mengambil jurusan engineering, banyak penyelesaian masalah berbentuk kiraan, teori didalam assingment ataupun peperiksaan. Fokus utama adalah untuk menguatkan kemampaun berfikir dalam menyelesaikan masalah. Jadi, dalam 4 tahun jurusan pengajian degree, beribu-ribu soalan assignement/test/exam, akan menjadikan seseorang lebih cepat dalam menganalisis dan memahami masalah serta cuba menyelesaikannya. Apabila bekerja, masalah yang timbul, kebanyakkan datang berserta dengan emosi, jadi disinilah yang membezakan dari zaman belajar di universiti. Setiap kerja yang dilakukan perlu sempurna dan mengelakkan dari kesilapan. Kesilapan biasa terjadi, namun elakkannya sehingga ia tidak menjadi terlalu besar. Namun dari kesilapan itulah, yang mematangkan seseorang dalam memb...

INSEP di PSDC, Penang

Image
Kursus INSEP di PSDC, Penang telah dibuka sejak bulan lepas. Pemohon boleh memohon secara percuma di www.psdc.org.my. Buat masa sekarang, beberapa kursus telah penuh, namun calon boleh memohon, dan ia bergantung jika ada kekosongan pada saat akhir.  Disebabkan tarikh orientation akan bermula sekitar 30 June ini, calon dikhendaki call dahulu pihak PSDC untuk bertanya tentang kekosongan.  1. Enterprise Resource Planning (ERP –SAP) (Penang) Orientation: 30 June 2016 Training: 11 July 2016 Industrial Attachment: 11 October 2016 2. Manufacturing Process (Penang) Orientation: 30 June 2016 Training: 11 July 2016 Industrial Attachment: 11 October 2016 3. Financial Accounting in SAP (Penang) Orientation: 30 June 2016 Training: 11 July 2016 Industrial Attachment: 11 October 2016 4. Manufacturing Process (Kuala Lumpur) Orientation: 14 June 2016 Training: 12 July 2016 Industrial Attachment: 11 October 2016 Pemohon yang mempunyai diploma dan degree boleh me...

Perjalanan ke Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah

Image
Kali ini, meluangkan masa di Pantai Merdeka untuk mengambil angin baru. Otak telah tepu dengan kerja yang tidak pernah berkurangan, jadi ini lah rasanya cara untuk melihat tempat baru yang jauh dari kesibukan kota. Perjalanan ke sini dari Bandar Sungai Petani, mengambil masa lebih kurang 45 minit, dan akan melalui jalan kampung yang berlatarbelakangkan sawah padi. Dengan membuka tingkap kereta, tenang rasanya perjalanan ini.  Setibanya disini, terus pergi ke arah pantai. Tenang rasanya dengan angin pantai yang menderu mengenai tubuh badan. Kuat tiupan anginnya, dan sudah pasti, pemandangan yang mengasyikkan.  Sebelum pulang, singgah sebentar di pekan kuala muda. Pekan nya kecil sahaja, dan kebanyakkan peniaga adalah orang kampung di sekitar sini,  Pekena dulu satay ikan. Memang unik. 

Sebulan telah berlalu...

Image
Alhamdulilah, telah hampir sebulan berlalu, dari tarikh aku bekerja dikilang ini. Tidak ku sangka, masih ada lagi, peluang untuk aku bekerja di sekitar kawasan perumahan ku. Jika aku tidak bekerja disini, mungkin aku telah berhijrah ke Penang atau Selangor. Namun, syukur, diberi kepercayaan untuk bekerja dan membantu rakan2 di dalam kilang ini untuk mencapai target yang diberikan. Jawatan yang aku pegang adalah sebagai QA Engineer. Nampak mudah, tapi sebarang masalah berkaitan quality, perlu aku ketahui dan kendalikan. Quality adalah last defence sebelum product yang dikeluarkan dari kilang dihantar kepada customer. Jadi apabila, ada masalah kualiti, aku lah orang pertama yang akan dicari untuk cuba membantu menyelesaikannya. Disebabkan itu, aku selalu pulang lewat ke rumah, dan banyak menghabiskan masa dikilang ini. Sepanjang bekerja disini, aku bersyukur dan seronok dengan tugas yang diberikan. Walaupun, kadang-kadang diwaktu malam, aku tidak nyenyak tidur memikirkan quality...

Learning Curve dalam mencari pengalaman

Image
Learning curve adalah satu yang dipandang ringan oleh kebanyakkan orang. Apabila seseorang tamat pengajian universiti, kebanyakkan ilmu yang diketahui akan dilupakan sedikit demi sedikit. Semua pasti tahu, di universiti anda dinilai dari segi markah dalam menjawab soalan exam, dan lebih berunsurkan teori, berbanding praktikal. Diakhir pengajian, penilaian dalam bentuk cgpa akan dikeluarkan kepada setiap pelajar. Kebanyakkan pelajar akan fokus untuk berjaya dalam exam berbanding memahami bagaimana teori itu diaplikasi. Namun, apabila memasuki sektor pekerjaan perkilangan, kebanyakkan fresh graduate tidak semestinya pakar dalam bidang yang dipelajari. Ini kerana di Universiti, pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis teori dan banyak yang tidak diaplikasi di industri kerana kekangan kos. Disini lah, dimana individu dapat belajar untuk menyesuaikan diri dan cuba mengaplikasi teori yang dipelajari untuk industri tempat anda bekerja. Dari situ, anda akan faham bagaimana ilmu tersebut ...

Alhamdulilah, akhirnya berjaya juga ..

Image
Setelah lebih dari 2 bulan setengah menggangur, akhirnya berjaya juga mendapat kerja. Tidak sangka, walaupun terdapat pelbagai dugaan dalam interview, lekat jugak untuk mendapat kerja. Semuanya bermula dengan aku melihat iklan jawatan kosong di papan jobsmalaysia depan Pejabat Buruh Sg Petani. Dari situ, aku menghantar surat bersetem RM1 yang diisi cover letter dan resume. Dalam masa 2 hari, pihak kilang menghubungi aku untuk sesi interview pada petang itu jugak. Interview adalah lebih kurang 1 jam 30 minit, dimana aku terus dioffer dengan job diakhir interview. Interview yang paling pantas mendapat job offer. Cuma tak sign apa2 agreement lagi, cuma tak sangka begitu cepat. Jawatan yang aku pegang sebenarnya tidak pernah wujud, tapi company percaya aku boleh melakukan tugas tersebut. Alhamdulilah, diberi perhargaan oleh interviewer dalam sesi temuduga. Jawatan aku banyak berkaitan kepada QA tapi tidak specifik kerana perlu terlibat dengan projek-projek pada masa depan. Berdasa...